Sunday, December 20, 2015

(Video) Kekecohan di Kompleks Kota Raya, Orang Ramai Mengamuk


(Video) Kekecohan di Kompleks Kota Raya, Orang Ramai Mengamuk 


2 orang dikatakan cedera di Kompleks Kota Raya apabila satu pergaduhan tercetus antara pekerja kedai telefon dan sekumpulan 20 individu yang mendakwa mereka telah ditipu oleh kedai tersebut.

Menurut polis, keadaan berada di dalam kawalan dan pihak mereka kini sedang mencari suspek yang mencetuskan pergaduhan yang berlaku kira-kira 5 petang hari ini.

Pada mulanya, NGO Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah mengadakan satu sidang media di luar kedai berkenaan dan meminta wang mangsa-mangsa yang di dakwa telah ditipu itu dikembalikan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Dang Wangi Deputi Supritendan M Gunalan bagaimanapun berkata pihak yang mencetuskan pergaduhan itu adalah pihak yang berasingan

Ini komen polis:

"Mereka datang tidak lama selepas kumpulan itu(PPIM) mengadakan sidang akhbar di luar kedai untuk menuntut bayaran balik. Terdapat kira-kira 20 orang yang datang dengan kayu dan topi keledar dan memulakan pergaduhan dengan kira-kira lapan pekerja di kedai tersebut.

"Daripada apa yang kita dapat lihat, hanya satu meja telah dihancurkan oleh kumpulan itu dan beberapa telefon bimbit hilang. Mereka yang cedera dirawat kerana kecederaan ringan di Hospital Tung Shin,"

Dikatakan penipuan melampau peniaga telefon di sana berleluasa sehingga PPIM membuat serbuan dan pendedahan.

Ramai yang tertipu termasuk warga tua dan juga warga asing.

Ini video pergaduhan tersebut:

Tuesday, October 27, 2015

Perkahwinan Annahita Bakavoli Berakhir


Perkahwinan Annahita Bakavoli Berakhir


Pelakon dan pengacara, Annahita Bakavoli dikatakan kini telah bercerai dengan suaminya Datuk Saiful Bahar Mohd Arshad.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan bekas suaminya, dia melafazkan cerai talak satu terhadap bekas juara Dwei Remaja, Annahita Bakavoli pada 1 Oktober lalu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

Ini komen syamu Annahita:

“Perkahwinan yang dibina atas rasa cinta itu berakhir selepas lima tahun kami hidup bersama. Kenyataan ini dibuat atas dasar keikhlasan tanpa ada maksud yang terselindung.

“Ia dibuat untuk mengelakkan timbulnya fitnah pada masa akan datang sekiranya masing-masing mengambil keputusan membina hidup baru pada masa akan datang,” 

“Saya mendoakan Annahita menemui kebahagiaan,” 


Menurut Saiful, keputusan untuk berpisah itu dibuat kerana mereka tiada persefahaman lagi. Annahita pula ketika dihubungi belum bersedia memberi kenyataan berhubung perceraiannya itu.


“Saya kini sedang bercuti di luar negara. Insya-Allah apabila pulang nanti saya akan menjelaskan segala-galanya,” 

Pasangan itu berkahwin pada 2010 selepas berkenalan kurang dari setahun. Bagaimanapun, mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Monday, October 26, 2015

Zarina Anjoulie Dedah Mesej Lucah Lelaki Alim


Zarina Anjoulie Dedah Mesej Lucah Lelaki Alim


Zarina Anjoulie mungkin lebih dikenali sebagai selebriti yang penuh kontroversi berbanding lakonannya yang kurang dikenali.

Walaupun Zarina Anjoulie tidak terkenal dengan lakonannya tetapi imej seksa beliau membuatkan lelaki merenyam dan tergoda sehingga ada yang menghantar mesej “jom r0gol” kepada beliau baru-baru ini.

Zarina juga mendedahakan lelaki tersebut mempunyai imej yang amat alim. Malah, aktres kontroversi itu juga memberitahu beliau sering menerima mesej berbaur lucah daripada lelaki seperti mereka.

Ini tulis Zarina:

JOM ROG0L ni yg tak tahan..u know hats funny lelaki yg ala2 beriman la yg always sent me shit like this. N what d hell is JOM ROG0L? awk tgh Ajak saya rog0l siapa ni? Bongok la tak tau nak marah ke gelak.

Zaman kini memang kita tidak boleh percaya sangat dengan imej seseorang dalam laman sosial. banyak yang poyo je. Kena selalu berhati-hati.

Ini gambarnya:


TMJ Tunjuk Skill Main Bola Sepak

TMJ Tunjuk Skill Main Bola Sepak



TMJ akhirnya mendedahkan kemahirannya bermain bola sepak. Memang hebat juga TMJ ni, jika dilihat dari segi pergerakkannya mengawal bola sepak, hebat juga.

TMJ memuatnaik naik video ini di laman sosial facebook dan mendapat perhatian ramai terutamanya para peminat JDT.

Dalam vieo berdurasi 19 saat itu, TMJ mengelecek 3 orang sebelum membuat rembatan ke arah gol ala-ala shaolin soccer yang mana beberapa orang terjatuh.

Di akhir video itu, TMJ berkata "mana haters tak marah". Yang menariknya suara TMJ seperti suara Awie. Hehe

Jom lihat videonya.



Posted by JOHOR Southern Tigers on Sunday, October 25, 2015

Almy Nadia Sentap Dibezakan Dengan Che Ta

Almy Nadia Sentap Dibezakan Dengan Che Ta


Isteri kepada Fizz Fairuz iaitu Almy Nadia dilihat berang apabila dibanding bezakan oleh peminat dengan selebriti popular Rozita Che Wan.

Ini merujuk kepada penampilannya yang mana dikatakan Rozita Che Wan lebih cantik dan pandai menjaga penampilan berbanding Almy walhal Che Ta kini lebih berumur dan Almy muda lagi.

Almy Nadia juga berkata setiap artis berbeza penampilan dan janganlah bandingkan dirinya dengan orang atau artis yang lain.

Jom baca komen penuh:


Sunday, October 25, 2015

Kekasih Ditahan, Pelajar Perempuan Tingkatan 5 Maut Dikelar Disyaki Kerana Cemburu


Hanya Kerana Cemburu, Pelajar Perempuan Tingkatan 5 Maut Dikelar


Pergh semakin menjadi-jadi jenayah di bumi Malaysia ini. Hanya kerana cinta, manusia boleh hilang pertimbangan.

Seorang pelajar perempuan tingkatan 5 ditemui maut selepas dikelar di bahgian leher dalam setu kejadian di sebuah pangsapuri.

Kejadian berlaku di Bandar Baru Teluk Kumbar di Bayan Lepas, Pulau Pinang malam semalam.

Mangsa, Intan Suraya Mawardi,17 ditemui oleh bapanya ditemui di atas katil di dalam biliknya dengan keadaan berlumuran darah kira-kira jam 7.30 malam.

Semasa kejadian, bapa mangsa yang baru pulang telah memangil anak perempuannya itu tetapi tidak disahut membuatkan dia terus ke bilik mangsa dan mendapati anaknya itu sedang baring dibaluti selimut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Superintenden Siti Nor Salawati Saad berkata, bapa mangsa bertindak menyelak selimut anaknya dan terkejut apabila mendapati dia sudah tidak bergerak lagi.

Ini komen polis:

"Bapa mangsa juga melihat terdapat kesan kelar di bahagian leher dan ada kesan darah pada anaknya itu.

"Cemas dengan keadaan itu, bapa mangsa terus menghubung ambulans dan pemeriksaan yang dilakukan oleh kumpulan perubatan mengesahkan anaknya telah meninggal dunia" 

Salawati berkata, pemeriksaan di tempat kejadian mendapati terdapat kesan pergelutan yang berlaku di dalam bilik mangsa.

Namun hari ini, pihak  polis telah berjaya menahan seorang lelaki berusia 20 tahun itu dan bekerja sebagai pengawal keselamatan di sekolah di Bayan Lepas.

Suspek direman di Mahkamah Majistret Balik Pulau bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Menurut sumber, siasatan awal mendapati suspek cemburu kerana mangsa berkawan dengan lelaki lain.

"Semakan rekod juga mendapati suspek pernah ditahan kerana menghisap dadah dua bulan lalu, setakat ini, kita masih menunggu laporan bedah siasat," katanya.

4 Gambar Terkini Maria Farida Tanpa Solekan

4 Gambar Terkini Maria Farida Tanpa Solekan


Pada usia mencecah lebih 40 tahun, pelakon Maria Farida dilihat maintain cantik dan jelita seperti tidak di mamah usia.

Maria Farida pernah berkahwin sebelum ini dan mempunyai seorang anak ramaja lelaki yang kini berumur belasan tahun.

Maria Farida popular menerusi lakonannya di dalam pelbagai drama dan antara yang popular ialah drama bersiri Astana Idaman.

Selain itu, Maria Farida juga pernah berlakon beberapa filem seperti My Spy, Senario The Movie 2 dan Datin Ghairiah.

Ini merupakan gambar terkini Maria Farida tanpa solekan yang tetap cun.