Sunday, December 20, 2015

(Video) Kekecohan di Kompleks Kota Raya, Orang Ramai Mengamuk


(Video) Kekecohan di Kompleks Kota Raya, Orang Ramai Mengamuk 


2 orang dikatakan cedera di Kompleks Kota Raya apabila satu pergaduhan tercetus antara pekerja kedai telefon dan sekumpulan 20 individu yang mendakwa mereka telah ditipu oleh kedai tersebut.

Menurut polis, keadaan berada di dalam kawalan dan pihak mereka kini sedang mencari suspek yang mencetuskan pergaduhan yang berlaku kira-kira 5 petang hari ini.

Pada mulanya, NGO Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah mengadakan satu sidang media di luar kedai berkenaan dan meminta wang mangsa-mangsa yang di dakwa telah ditipu itu dikembalikan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Dang Wangi Deputi Supritendan M Gunalan bagaimanapun berkata pihak yang mencetuskan pergaduhan itu adalah pihak yang berasingan

Ini komen polis:

"Mereka datang tidak lama selepas kumpulan itu(PPIM) mengadakan sidang akhbar di luar kedai untuk menuntut bayaran balik. Terdapat kira-kira 20 orang yang datang dengan kayu dan topi keledar dan memulakan pergaduhan dengan kira-kira lapan pekerja di kedai tersebut.

"Daripada apa yang kita dapat lihat, hanya satu meja telah dihancurkan oleh kumpulan itu dan beberapa telefon bimbit hilang. Mereka yang cedera dirawat kerana kecederaan ringan di Hospital Tung Shin,"

Dikatakan penipuan melampau peniaga telefon di sana berleluasa sehingga PPIM membuat serbuan dan pendedahan.

Ramai yang tertipu termasuk warga tua dan juga warga asing.

Ini video pergaduhan tersebut:

Tuesday, October 27, 2015

Perkahwinan Annahita Bakavoli Berakhir


Perkahwinan Annahita Bakavoli Berakhir


Pelakon dan pengacara, Annahita Bakavoli dikatakan kini telah bercerai dengan suaminya Datuk Saiful Bahar Mohd Arshad.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan bekas suaminya, dia melafazkan cerai talak satu terhadap bekas juara Dwei Remaja, Annahita Bakavoli pada 1 Oktober lalu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

Ini komen syamu Annahita:

“Perkahwinan yang dibina atas rasa cinta itu berakhir selepas lima tahun kami hidup bersama. Kenyataan ini dibuat atas dasar keikhlasan tanpa ada maksud yang terselindung.

“Ia dibuat untuk mengelakkan timbulnya fitnah pada masa akan datang sekiranya masing-masing mengambil keputusan membina hidup baru pada masa akan datang,” 

“Saya mendoakan Annahita menemui kebahagiaan,” 


Menurut Saiful, keputusan untuk berpisah itu dibuat kerana mereka tiada persefahaman lagi. Annahita pula ketika dihubungi belum bersedia memberi kenyataan berhubung perceraiannya itu.


“Saya kini sedang bercuti di luar negara. Insya-Allah apabila pulang nanti saya akan menjelaskan segala-galanya,” 

Pasangan itu berkahwin pada 2010 selepas berkenalan kurang dari setahun. Bagaimanapun, mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Monday, October 26, 2015

Zarina Anjoulie Dedah Mesej Lucah Lelaki Alim


Zarina Anjoulie Dedah Mesej Lucah Lelaki Alim


Zarina Anjoulie mungkin lebih dikenali sebagai selebriti yang penuh kontroversi berbanding lakonannya yang kurang dikenali.

Walaupun Zarina Anjoulie tidak terkenal dengan lakonannya tetapi imej seksa beliau membuatkan lelaki merenyam dan tergoda sehingga ada yang menghantar mesej “jom r0gol” kepada beliau baru-baru ini.

Zarina juga mendedahakan lelaki tersebut mempunyai imej yang amat alim. Malah, aktres kontroversi itu juga memberitahu beliau sering menerima mesej berbaur lucah daripada lelaki seperti mereka.

Ini tulis Zarina:

JOM ROG0L ni yg tak tahan..u know hats funny lelaki yg ala2 beriman la yg always sent me shit like this. N what d hell is JOM ROG0L? awk tgh Ajak saya rog0l siapa ni? Bongok la tak tau nak marah ke gelak.

Zaman kini memang kita tidak boleh percaya sangat dengan imej seseorang dalam laman sosial. banyak yang poyo je. Kena selalu berhati-hati.

Ini gambarnya:


TMJ Tunjuk Skill Main Bola Sepak

TMJ Tunjuk Skill Main Bola Sepak



TMJ akhirnya mendedahkan kemahirannya bermain bola sepak. Memang hebat juga TMJ ni, jika dilihat dari segi pergerakkannya mengawal bola sepak, hebat juga.

TMJ memuatnaik naik video ini di laman sosial facebook dan mendapat perhatian ramai terutamanya para peminat JDT.

Dalam vieo berdurasi 19 saat itu, TMJ mengelecek 3 orang sebelum membuat rembatan ke arah gol ala-ala shaolin soccer yang mana beberapa orang terjatuh.

Di akhir video itu, TMJ berkata "mana haters tak marah". Yang menariknya suara TMJ seperti suara Awie. Hehe

Jom lihat videonya.



Posted by JOHOR Southern Tigers on Sunday, October 25, 2015

Almy Nadia Sentap Dibezakan Dengan Che Ta

Almy Nadia Sentap Dibezakan Dengan Che Ta


Isteri kepada Fizz Fairuz iaitu Almy Nadia dilihat berang apabila dibanding bezakan oleh peminat dengan selebriti popular Rozita Che Wan.

Ini merujuk kepada penampilannya yang mana dikatakan Rozita Che Wan lebih cantik dan pandai menjaga penampilan berbanding Almy walhal Che Ta kini lebih berumur dan Almy muda lagi.

Almy Nadia juga berkata setiap artis berbeza penampilan dan janganlah bandingkan dirinya dengan orang atau artis yang lain.

Jom baca komen penuh:


Sunday, October 25, 2015

Kekasih Ditahan, Pelajar Perempuan Tingkatan 5 Maut Dikelar Disyaki Kerana Cemburu


Hanya Kerana Cemburu, Pelajar Perempuan Tingkatan 5 Maut Dikelar


Pergh semakin menjadi-jadi jenayah di bumi Malaysia ini. Hanya kerana cinta, manusia boleh hilang pertimbangan.

Seorang pelajar perempuan tingkatan 5 ditemui maut selepas dikelar di bahgian leher dalam setu kejadian di sebuah pangsapuri.

Kejadian berlaku di Bandar Baru Teluk Kumbar di Bayan Lepas, Pulau Pinang malam semalam.

Mangsa, Intan Suraya Mawardi,17 ditemui oleh bapanya ditemui di atas katil di dalam biliknya dengan keadaan berlumuran darah kira-kira jam 7.30 malam.

Semasa kejadian, bapa mangsa yang baru pulang telah memangil anak perempuannya itu tetapi tidak disahut membuatkan dia terus ke bilik mangsa dan mendapati anaknya itu sedang baring dibaluti selimut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Superintenden Siti Nor Salawati Saad berkata, bapa mangsa bertindak menyelak selimut anaknya dan terkejut apabila mendapati dia sudah tidak bergerak lagi.

Ini komen polis:

"Bapa mangsa juga melihat terdapat kesan kelar di bahagian leher dan ada kesan darah pada anaknya itu.

"Cemas dengan keadaan itu, bapa mangsa terus menghubung ambulans dan pemeriksaan yang dilakukan oleh kumpulan perubatan mengesahkan anaknya telah meninggal dunia" 

Salawati berkata, pemeriksaan di tempat kejadian mendapati terdapat kesan pergelutan yang berlaku di dalam bilik mangsa.

Namun hari ini, pihak  polis telah berjaya menahan seorang lelaki berusia 20 tahun itu dan bekerja sebagai pengawal keselamatan di sekolah di Bayan Lepas.

Suspek direman di Mahkamah Majistret Balik Pulau bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Menurut sumber, siasatan awal mendapati suspek cemburu kerana mangsa berkawan dengan lelaki lain.

"Semakan rekod juga mendapati suspek pernah ditahan kerana menghisap dadah dua bulan lalu, setakat ini, kita masih menunggu laporan bedah siasat," katanya.

4 Gambar Terkini Maria Farida Tanpa Solekan

4 Gambar Terkini Maria Farida Tanpa Solekan


Pada usia mencecah lebih 40 tahun, pelakon Maria Farida dilihat maintain cantik dan jelita seperti tidak di mamah usia.

Maria Farida pernah berkahwin sebelum ini dan mempunyai seorang anak ramaja lelaki yang kini berumur belasan tahun.

Maria Farida popular menerusi lakonannya di dalam pelbagai drama dan antara yang popular ialah drama bersiri Astana Idaman.

Selain itu, Maria Farida juga pernah berlakon beberapa filem seperti My Spy, Senario The Movie 2 dan Datin Ghairiah.

Ini merupakan gambar terkini Maria Farida tanpa solekan yang tetap cun.





Emma Maembong Dihentam Kerana Menampar Kekasihnya, Kamal Adli


Emma Maembong Dihentam Kerana Menampar Kamal Adli


EMMA AKUI DIHENTAM

Emma Maembong dihentam dan mendapat kritikan hebat daripada peminat di laman sosial. Ini gara-gara video dia menampar kekasihnya iaitu Kamal Adli yang menjadi viral sejak minggu lalu.

Kata Emma Maembong, rata-rata peminat tidak berpuas hati dengan kejadian tersebut dan meminta pelakon berkenaan menjelaskan kedudukan sebenar.

Ini komen Emma:

"Sejak seminggu lalu memang saya menjadi sasaran peminat yang ingin mengetahui kejadian disebalik saya menampar Kamal dalam sebuah video yang tersebar.

"Tidak kurang juga yang terus menghentam saya dan pelbagai kata-kata negatif tanpa mengetahui situasi sebenar," 

PUNCA TAMPAR KAMAL

Dalam pada itu, Emma sempat menjelaskan punca dia menampar kekasihnya. Itu sebenarnya hanyalah gimik untuk memperkenalkan produk Est Cola (air minuman) kepada orang ramai.

Kata Emma, idea itu merupakan daripada pihak Est Cola sendiri dan syarikat itu mengakui pada awalnya bimbang ia akan memberi kesan negatif kepada mereka berdua.

"Jujurnya ia bukan idea kami tetapi daripada pihak produksi namun mereka meminta izin kami terlebih dahulu sebelum ia disebarkan.

"Saya dan Kamal memang risau kerana tahu akan reaksi peminat dan benar kami menerima pelbagai kritikan tetapi bersetuju kerana ia adalah sekadar gimik untuk memperkenalkan produk berkenaan selain ia hal tuntutan kerja.

"Dari sudut positifnya meskipun ia memberi kesan negatif kepada kami tetapi ia secara tidak langsung telah mempromosikan produk berkenaan dengan skala lebih besar," 

Dalam perkembangan sama, Ketua Pemasaran Jenama F&N Beverages, Jenny Wong pula berkata, pemilihan Emma dan Kamal sebagai duta kempen produk berkenaan dibuat berdasarkan keserasian dan populariti mereka ketika ini.
Saturday, October 24, 2015

Pencetus Ummah Tegur TMJ

Pencetus Ummah Tegur TMJ


Melalui laman fanpage facebook "Pencetus Ummah Ramhat Ikhsan" iaiti salah seorang bekas peserta rancangan dakwah Pencetus Ummah, satu teguran telah dibuat yang melibatkan TMJ.

Ini tulisnya:

Jika Benar sayang Tengku Mahkota Johor janganlah sokong dan puji apabila TMJ melakukan kemungkaran(mewarnakan Rambut)

Jika sayang TMJ, kita doa dan nasihat, bukan jadi penggalak dan pembela kesalahan TMJ

Edited : kepada semua yang sayang TMJ termasuk saya Gunalah perkataan yang baik lagi hikmah bagi menegur Ingatlah bila bila masa Allah boleh muliakan seseorang Moga Allah beri kemuliaan Itu dengan Memuliakan Allah


Teguran ini tidak disambut baik oleh para peminat TMJ. Sehingga ada mengatakan teguran ini seperti mengaibkan.

Ada juga yang menyuruh PU Rahmat untuk menegur banyak lagi benda lain.

Walaupun begitu, segelintir masih bersetuju dengan cara PU Rahmat yang dikatakan menegur dengan baik.



9 Gambar Pre Wedding Shukri Yahaya Dan Bakal Isteri

9 Gambar Pre Wedding Shukri Yahaya Dan Bakal Isteri


Pada 20 November 2015, Mohd. Shukri Yahaya dan Siti Nurfatihah Ahmad Adnan akan melangsungkan pernikahan mereka. Pasangan ini akan melangsungkan pernikahan di Putrajaya.

Pelakon, Shukri Yahaya yang digelar Jericho Malaysia ini akan menamatkan zaman bujang dengan gadis jelita pilihan hatinya, pelakon Tya Adnan.

Shukri dan Tya berkenalan di set filem Ular dan mula bercinta selama 5 tahun sehingga kini. Mereka berdua telahpun bertunang tahun ini dan telah merancang bernikah bulan hadapan.

Terdapat beberapa gambar dari portal Rotikaya yang dikatakan gambar pre wedding paling simple dari Shukri dan Tya.

Jom layan:










7 Gambar Selfie Terakhir Anak Syurga, 2 Beradik Mangsa Kebakaran

7 Gambar Selfie Terakhir Anak Syurga, 2 Beradik Mangsa Kebakaran



Hari ini Malaysia dikejutkan dengan berita yang amat tragis apabila 2 orang adik beradik ditemui meninggal dunia akibat kebakran di rumah mereka di Melaka. (BACA SINI)

 Lebih menyayat hati, adik beradik ini ditemui sedang berpelukan antara satu sama lain. (LIHAT SINI)

Kanak-kanak yang meninggal dunia ini ialah:
- Nur Maisarah Balqis Rosghazali (7 tahun)
- Nur Qalisha Balqis Rosghazali (6 tahun)

Dua orang adik-beradik terkorban selepas terperangkap di dalam satu kejadian kebakaran di rumah mereka di Tanjung Minyak, Melaka, kira-kira jam 5.50 petang, pada Jumaat.

Takziah buat keluarga terutama ibu bapa kanak-kanak ini. Semoga tabah menghadapi dugaan yang amat besar ini. Yang pasti anak kecil ini merupakan anak syurga yang kini kembali menghadap Illahi.

Ini antara gambar adik beradik ini:









Ya Allah Sedihnya!! Dua Orang Adik Beradik Ditemui Rentung Berpelukan


Ya Allah Sedihnya!! Dua Orang Adik Beradik Ditemui Rentung Berpelukan 


Dua orang adik-beradik terkorban selepas terperangkap di dalam satu kejadian kebakaran di rumah mereka di Tanjung Minyak, Melaka, kira-kira jam 5.50 petang, pada Jumaat.

Yang menyedihkan, kedua kanak-kanak perempuan ini dijumpai saling berpelukkan di bawah katil dalam satu kebakaran.

Penemuan ini membuat orang ramai sayu kesedihan apabila Nur Maisarah Balqis Rosghazali (7 tahun)  dan adiknya Nur Qalisha Balqis Rosghazali (6 tahun) ditemui dalam keadaan rentung sambil berpelukan.

Bapa mangsa, Rosghazali Shapie (40 tahun) cuba menyelamatkan kedua-dua anaknya itu namun asap yang tebal menyebabkan dia sendiri pengsan di dalam rumah.

Rosghazali berjaya diselamatkan oleh orang ramai yang membawanya keluar dari rumah yang sedang marak terbakar.

Penolong Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Negeri Melaka, Mohd. Adli Abd. Rahman berkata, 18 anggota bersama beberapa jentera digerakkan ke tempat kebakaran sebaik menerima laporan pada kira-kira jam 5.38 petang.

Ini komennya:

“Kami telah menerima panggilan pada jam 5.38 petang dan mendapati berlaku kebakaran. Seramai 18 anggota serta ambulans Jabatan Bomba dan Penyelamat terlibat.

“Sampai saja ke tempat kejadian kita mendapati terdapat seorang mangsa lelaki melecur dan dia dapat dikeluarkan

Ketika membuat operasi menyelamat, kami mendapati terdapat dua orang mangsa lagi iaitu kanak-kanak berumur enam dan tujuh tahun yang rentung di dalam bilik,” 


“Punca sebenar kejadian dan jumlah kerugian masih lagi dalam siasatan,” 


Siasatan awal pihak bomba, kebakaran dipercayai berpunca dari sebuah bilik tengah di rumah berkenaan sebelum merebak dan memusnahkan hampir 70 peratus daripada kediaman tersebut selain sebuah kereta milik keluarga mangsa mengalami kerosakan.

Mayat kedua-dua adik beradik itu dibawa ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat. Bapa mangsa pula kini sedang di rawat di hospital Melaka.

Difahamkan, ketika kejadian bapa mangsa berada di luar rumah, sementara ibu mereka bertugas sebagai jururawat di sebuah hospital di Arab Saudi.
Thursday, October 22, 2015

Ini Pendedahan Mangsa Pukul Gang Wanita Rambut Karat


Ini Pendedahan Mangsa Pukul Gang Wanita Rambut Karat



Dalam satu rakaman video, mangsa pukul yang dikenali sebagai Nila, 22, dibelasah teruk dan dimalukan gara-gara salah faham serta didakwa menjalin hubungan sulit dengan teman lelaki pelaku serta suami orang.

Gangster rambut karat dan rakannya itu kini telah pun ditahan oleh pihak polis untuk siasatan lanjut tentang kes pukul yang jadi viral ini (GAMBAR PAKAI BAJU LOKAP DI SINI)

Ini komen mangsa:

“Saya tak salah dalam hal itu, sebaliknya menjadi mangsa keadaan. Namun mereka menyerang saya seperti samseng.

“Disebabkan kejadian itu saya takut untuk keluar rumah dan trauma hingga kini,”

Kejadian berlaku di Wakaf Mek Zainab, di sini, 15 Oktober lalu dan menyebabkan tiga wanita berusia 20-an ditahan polis sehingga semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Menurut Nila, dia tiada upaya melawan kembali perbuatan wanita terbabit kerana keseorangan, selain dikeliling ramai rakan wanita berkenaan.

Walaupun teruk dibelasah, ibu anak satu itu bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan teruk, sebaliknya menerima rawatan pesakit luar di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini.

Ini tambahnya lagi:

“Kes dalam perhatian pihak berkuasa dan saya tidak mahu mengulas lanjut. Saya menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk menyiasat dan bersyukur mereka ditahan.

“Saya berharap mendapat pembelaan sewajarnya kerana yakin tidak bersalah dalam hal ini. Semua yang terjadi akibat rasa tidak puas hati dan salah faham,” 

Menceritakan kejadian itu, Nila berkata, sebelum insiden, dia dipukul wanita sama pada 13 Oktober kerana rasa tidak puas hati, namun tiada pihak merakam kejadian itu.

“Kerana masih tidak puas hati, dia mencari saya lagi ketika saya ke Wakaf Mek Zainab untuk ke rumah rakan. Ketika itu saya menunggu di dalam kereta dan secara tiba-tiba diheret keluar.

“Mereka pukul saya dengan teruk dan merakam kejadian yang berlaku jam 7 pagi. Saya tak tahu apa yang dia dendam sangat kerana tidak mempunyai hubungan dengan teman lelakinya seperti didakwa.

“Saya juga tidak tahu-menahu mengenai barang kemas yang didakwanya dalam milikan saya. Dia sebenarnya mencari seorang rakan saya di Kuala Terengganu kerana masalah antara mereka,”

Kes Pukul: Wanita Rambut Karat Ditahan, Punca Didedahkan


Kes Pukul: Wanita Rambut Karat Ditahan, Punca Didedahkan


Fakta Kes

Baru-baru ini tersebar video aksi mengejutkan sekumpulan remaja perempuan memukul seorang wanita dalam satu kejadian yang berlaku di Kelantan.

Video tersebutmenjadi viral dan pihak polis telah  mengambil tindakan segera dengan menangkap tiga orang suspek termasuk tukang rakam video.

Suspek utama, seorang usahawan kosmetik online berusia 27 tahun ditahan Isnin lalu dikawasan perumahan Padang Tembak, Pengakalan Chepa.

Video itu mempunyai bebarapa bahagian yang mana ada satu bahagian paling memalukan di mana mangsa ditendang dibahagian peranakan dan di bahagian dada selain bajunya diselak.

Suspel juga memukul mangsa menggunakan stereng lock.

Memang memalukan, perbuatan tidak bertamadun itu.

Punca Pergaduhan 

Sebelum ini, punca pergaduhan dikatakan kerana penipuan mangsa dalam perniagaan online.

Namun, saksi kenalan rapat mangsa dilaman sosial menafikan pergaduhan akibat penipuan peniagaan online sebaliknya disebabkan cemburu buta.

Dikatakan, teman lelaki suspek telah mempunyai hubungan dengan mangsa selepas mereka berpisah. Info tambahan, teman lelaki suspek adalah anak golongan berada.

Kemaskini: 

Kejadian berlaku dipercayai mangsa yang dituduh mencuri barang kemas seorang daripada suspek, tuduhan mengadakan hubungan sulit dengan suami serta bekas tunang suspek yang terlibat.


Izreen Azminda Dedah Bekas Suami Duduk Serumah Dengan Teman Wanita?

Izreen Azminda Dedah Bekas Suami Duduk Serumah Dengan Teman Wanita?


Pelakon Izreen Azminda telah memberi hint bahawa bekas suaminya telah duduk dengan teman wanitanya dan membawa anaknya sekali.

Ini komen Izreen Azminda:

“Haaaaa lupa..cuba bayangkan kalau bekas suami duduk serumah dengan pompuan yang belum sah jadi bini..pastu usung anak awak duduk sekali dalam rumah tu..awak biarkan taw..biar anak awak belajar cara-cara mat saleh senang nanti dia boleh praktikkan bila dah besar,” 


Pendedahan ini amat mengejutkan para peminat dan orang ramai

Sebelum ini sememangnya Izreen melahirkan rasa tidak ouas hati kepada wanita yang cuba mendekati anaknya yang dikatakan kekasih bekas suaminya.

Ini komen Izreen:

9 bulan 10 hari aku gendong nyawa yg bernama anak ni..mana2 ibu pun akan terluka kalo anak yg dikandung dijaga dgn sebaik baiknya tanpa cacat cela..makan minum tempat tinggal kesihatan semua AAA tetiba ada ibu2 jadian yg belum kawin pun lagi nk take over...nk dok belai2 anak kita..mmg serigala jadiannnnn la aku nk jadi😤 *kalo teringin sgt nk nmpk keluarga bahagia..pi amik anak angkat..belai puaih2 smpi putuih rambut pun takpa* pulun nak amik anak kita!!! Phuiiiii


Lisa Surihani Dikatakan Tak Sayang Anak?

Lisa Surihani Dikatakan Tak Sayang Anak?


Peminat yang geram kerana tiada gambar anak Lisa Sirohami dam Yusry KRU telah mendakwa pelakon itu dan suaminya tidak sayangkan anaknya dan seperti baby itu tidak wujud.

Sememangnya Lisa Surihani dan suami jarang berkongsi gambar anak di laman sosial dan ini menyebabkan ramai peminat ternanti-nati gambar terkini bayi tersebut.

Seorang peminat yang menggunakan nama Kupu_kupu dilihat mendakwa pasangan ini tidak happy untuk menunjuk wajah anak mereka.


Namun ada juga yang bersetuju dengan cara Lisa Surihani yang tidak terlalu obses untuk berkongsi gambar anak di laman sosial.


Lisa dan Yusry baru-baru ini selamat menerima cahaya mata puteri yang diberikan nama Yahaira Leanne dan hanya berkongsi sedikit sahaja gambar di laman sosial.

Apapun sebenarnya itu hak Lisa dan Yusry untuk ingin berkongsi atau tidak gambar anak mereka. Anak mereka, sukahati mereka lah ye tak hehe.


Wednesday, October 21, 2015

Video: Zizan Razak Buli Tiz Zaqyah

Video: Zizan Razak Buli Tiz Zaqyah


Satu video memperlihatkan pelawak Zizan Razak bergurau dan membuli pelakon Tiz Zaqyah.

Zizan Razak memang popular dengan perangainya yang suka menyakat orang ramai, kini dia menyakat Tiz Zaqyah pula.

Habis gelak besar Tiz Zaqyah. Pagi-pagi dah kena buli.

Jom lihat video ini:


Lawak pagi Zizan Razak kenakan Tiz Zaqyah Zak ,korang memang sempoi!
Posted by MiG Online on Wednesday, October 21, 2015
Tuesday, October 20, 2015

Peserta Gegar Vaganza, Amir Ukays Ditahan Polis Miliki Pistol


Peserta Gegar Vaganza, Amir Ukays Ditahan Polis Miliki Pistol


Peserta program Gegar Vaganza 2, Amir Ukays ditahan pihak polis selepas dipercayai memiliki senjata api kira-kira pukul 1.45 pagi Rabu.

Sumber polis berkata ketika pemeriksaan dilakukan pihaknya menjumpai sepucuk pistol berwarna hitam yang tertera tulisan 'Walther CP99 Compact dengan nombor siri 12L20520.

Amir atau nama sebenarnya Mohd Azmir Muhammad, 44,  turut mengakui pistol berkenaan miliknya dan dia ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul dekat sini untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, sumber polis turut memberitahu Amir ditahan ketika memberhentikan kenderaannya di tepi susur masuk ke Kampung Chubadak, Sentul dekat sini.

Nama Amir kembali melonjak selepas menyertai program Gegar Vaganza yang sedang berlangsung pada setiap Ahad, pukul 9 malam di Astro Ria.
Monday, October 19, 2015

Fara Mendoza Terlibat Kemalangan Ngeri


Fara Mendoza Terlibat Kemalangan Ngeri


Pelakon baru, Fara Mendoza telah terlibat dalam satu kemalangan yang amat mengerikan. Kereta yang dipandunya telah terbalik.

Untuk pengetahuan Fara merupakan pelakon yang terlibat dengan kes tersebarnya chat dari Fizz Fairuz yang pernah menjadi tumpuan ramai sebelum ini.

Menurut kenyataan dari Fara, dia dalam perjalan pulang setelah selesai meeting perniagaan di Subang sebelum terlibat di dalam kemalangan tersebut.

“This is reason why i’m crying too much. Kejadian pulang dari Subang meeting untuk hal business, saya memandu seorang diri, Ya Allah sakitnyaaa. Alhamdulillah saya selamat hanya mengalami kecederaan dalaman. Semoga saya tabah dengan dugaan ini,” 

Dalam perkembangan terbaru, Fara Mendoza kini masih lagi berada di hospital.

Di instagram, ada juga yang memberi komen bahawa kemalangan ini adalah sebagai satu petanda terbaik untuk pelakon ini bertaubat dan berubah.


Fesyen Terkini TMJ Jadi Perhatian

Fesyen Terkini TMJ Jadi Perhatian


TMJ kini telah tampil dengan fesyen terbaru yang menjadi perhatian ramai. TMJ dilihat telah mewarnakan rambutnya kekuningan.

TMJ muncul dengan fesyen terbaru ini ketika mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) yang berjaya ke perlawanan akhir bola sepak Asia Cup.

Fesyen terbaru ini memperlihatkan potongan rambut yang rapi dan kemas dari TMJ dan kelihatan amat segak.

Jom lihat wajah terkini TMJ: