Wednesday, July 22, 2015

13 Kebaikan Dan Kelebihan Diva Azwan Ali Dari Mata Peminatnya


13 Kebaikan Dan Kelebihan Diva Azwan Ali Dari Mata Peminatnya


Azwan Ali sememangnya popular dengan mulut yang tiada insurance. Sebut je nama Azwan Ali ramai yang agak tak berapa suka dengan perangainya.

Apatah lagi dengan kes "menate" yang Pak Mat pun rasa sememangnya Azwan Ali yang bersalah sepenuhnya.

Namun bagi peminat Azwan Ali, diva ini sememangnya seorang yang mempunyai kelebihan tersendiri.

Ini senarai kelebihan Azwan Ali dari padangan peminatnya bernama Amoijan di laman insta:

1. Azwan Ali seorang yang baik.

2. Tidak hipokrit.

3. Seorang yang bertanggungjawab, sanggup hantar kitaorang balik sampai ke rumah dengan selamat masa open house dulu. Kalau artis lain tak pernah buat ini.

4. Penasihat yang baik suruh kami jaga diri elok-elok.

5. Suka kucing sama dengan saya.

6. Tak berlagak.

7. Tak sombong.

8. Suka selfie macam saya juga.

9. Berani kerana benar.

10. Lemah lembut bila bercakap.

11. Orangnya nampak macam garang tapi sebenarnya baik sangat.

12. Suka bergurau.

13. Ni yang saya suka, dia nampak muda selalu, keikhlasan di hati akan terpancar di wajah.


Hehe amacam setuju tak? yang nombor 13 tu mesti Azwan Ali suka tu, nampak muda selalu. :)

0 comments:

Post a Comment