Tuesday, July 21, 2015

Ahli Keluarga Mahu Saman Chef Wan


Ahli Keluarga Mahu Saman Chef Wan


Sedih Pak Mat tengok pergaduhan keluarga Chef Wan ni. Nampaknya kes hal peribadi keluarga Chef Wan semakin menjadi-jadi apabila ada ahli keluarga yang mahu menyaman Chef Wan kerana menuduhnya pemalas.


Anak buah Chef Wan iaitu Nizam Khalid akui sudah bersepakat mahu menyaman Chef Wan kerana memuatnaik gambar keluarganya dan menggelar mereka pemalas.

Ini komennya:

“Saya dan ahli keluarga lain sudah sepakat akan menyaman Chef Wan dan berharap kes ini dapat diselesaikan segera. Kami akan memberi tempoh dalam seminggu untuk dia meminta maaf secara terbuka dan padam semua gambar tersebut. Kami sebenarnya sudah lama tidak tahan dengan perangai Chef Wan ini. Sebelum ini, dia selalu tulis status kutuk kami pemalas tetapi letak gambar lain, tapi kali ini dia sudah melampau.

“Apatah lagi di dalam gambar itu ada wanita yang terdedah aurat. Kalau hendak maki atau tegur pun tidak perlulah letak gambar tersebut,” 

“Gambar kejadian itu adalah pada hari raya kedua di kampung Sg Koyan di Pahang. Memang kami kepenatan kerana kami yang masak dan menyediakan makanan untuk tetamu Chef Wan pada hari raya pertama. Dia memang tidak pernah masak. Tapi akan beritahu tetamu, dia yang masak dan mendapat nama sedangkan kami yang penat buat kerja di dapur,”

Yang Pak Mat dengar Nizam memberitahu bahawa dia dan ahli keluarga bangun lewat kerana kepenatan melayan tetamu yang hadir sehingga lewat malam dan hanya dapat melelapkan mata pukul 3 pagi. Tetamu pula kebanyakkan peminat Chef Wan.

Sumber:  MalaysiaGazette.


0 comments:

Post a Comment