Monday, July 13, 2015

Artis Buka Tudung

Artis Buka Tudung


Haaaa ni Pak Mat tak suka ni. Kejap pakai kejap buka tudung. Sebelum ini artis ini bagitau telah berhijrah dan memakai tudung.

Alih-alih dia tampil dengan free hair, selamba sahaja. Di instagram pun semuanya gambar dah tak bertudung.

Artis tersebut ialah Diana Johor. Pelakon cantik yang juga produser ini akui telah mengambil keputusan untuk kembali membuka tudung.

Pak Mat dengar alasannya ialah dia masih belum bersedia sepenuhnya.

Ini komennya:

“Apabila difikirkan semula, saya belum bersedia untuk berhijab sepenuhnya dan kerana itu mengambil keputusan untuk membuka tudung. Memang ia mengejutkan ahli keluarga, tetapi saya nekad dengan keputusan ini” 

 “Sampai masanya saya jadi diri sendiri dan tampil dengan gaya yang selesa. Saya tidak mahu buat sesuatu semata-mata memuaskan hati orang lain. Soal pakai tudung atau tidak, biarlah antara saya dan Tuhan,”

Pak Mat kalau jadi ahli keluarga pun terkejut dan kecewa. Tapi takpelah, Pak Mat doakan agar Diana Johor kembali berhijrah.


1 comments: