Tuesday, July 28, 2015

Ini Respon Anak-Anak Tan Sri Muhyiddin Yassin Setelah Bapanya Digugurkan


Ini Respon Anak-Anak Tan Sri Muhyiddin Yassin Setelah Bapanya Digugurkan


Ramai yang terkejut dengan keputusan kerajaan yang menggugurkan Tan Sri Muhyiddin hari ini selepas pengumuman barisan kabinet baru 2015 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato Sri Najib Razak.


Anak-anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu Najwa Mahiaddin dan Farhan Yassin memuat naik luahan ringkas mereka di laman Twitter.

Ini tulis Najwa:

"Allah knows best (Allah lebih mengetahui)" 

Sementara itu, Farhan pula telah memuat naik dua keping gambar ayahnya di laman Instagram yang dipercayai dirakam di luar pejabat Perdana Menteri di Putrajaya selepas pengumuman mengejutkan tersebut.

Berikutan itu, orang ramai tampil menyatakan sokongan terhadap Muhyiddin Yassin dan keluarganya.


0 comments:

Post a Comment