Friday, July 24, 2015

Punca Mengapa Wanita Cun Ini Ditinggalkan Suami


Punca Mengapa Wanita Cun Ini Ditinggalkan Suami



Nama Cita Citata kini semakin popular. Penyanyi ini sedang popular dengan lagu Sakitnya Tuh Disini yang menjadi siulan di Malaysia dan juga Indonesia.


Cita Citata sebenarnya sebelum bergelar artis telah ditinggalkan suaminya hanya selepas sebulan perkahwinan mereka.

Penyanyi cantik ini sebenarnya seorang janda muda. Kisah perkahwinan Cita bersama bekas suami, Galih Purnama terbongkar selepas lelaki itu muncul memberi kenyataan kepada media selepas sudah menghilangkan diri hampir tiga tahun.

Cita akui berkahwin pada usia 18 tahun dan rumah tangga mereka bertahan selama sebulan sebelum sang suami menghilangkan diri.

Dia langsung tidak pernah menghubungi saya sejak itu untuk menyelesaikan kes perceraian kami di mahkamah syariah sehinggalah dia tiba-tiba muncul membuat kenyataan kepada pihak media tentang perkahwinan kami, katanya lagi.

PUNCA SUAMI HILANG

Banyak spekulasi yang muncul tentang kes ini. Di mana rakan Cita Citata mengatakan suami penyanyi itu tidak bertanggungjawab.

Suaminya juga mengatakan Cita Citata lebih mementing karier muzik menyebabkan dia pergi. Selain itu, Cita juga tidak akui dia suaminya dulu menyebabkan dia kecewa.

Bagaimanapun penyanyi yang semakin melonjak popular di Malaysia ini tidak pernah menyesal berkahwin muda kerana banyak mengajar dirinya sehinggalah dia mampu bergelar selebriti.


1 comments: