Sunday, July 12, 2015

Rani Kulup Gegar Lowyat

Rani Kulup Gegar Lowyat


Ayahanda paling popular di Malaysia iaitu Rani Kulup telah menggegarkan Plaza Lowyat dengan memberi kenyataan dan amaran kepada mereka.


Pak Mat tengok Ayahanda Rani Kulup ni memang bagus bab hal ehwal semasa ni. Marah beanr ayahanda Rani Kulup dengan isu lowyat ni.

Jom dengar komen dari Rani Kulup ni:

"Bukan sahaja di Low Yat malah di Jalan Petaling dan beberapa kawasan penjual yang diketahui dijaga kumpulan gangster. Jika ada pelanggan yang membatalkan hasrat untuk membeli, mereka akan diherdik. Ia sekali gus menimbulkan ketakutan kepada pembeli sendiri

"Banyak lagi contoh pembeli yang biadab. Cara mereka menjual juga seolah-olah seperti gangster, bagus juga ada kes sebegini, barulah semua orang buka mata. Biar masyarakat tahu ada situasi begini.

"Penyelesaiannya mudah, tutup sahaja Low Yat dahulu, selain memberi masa agensi berkenaan menyiasat peniaga terbabit, ia satu bentuk teladan tentang memberi kepentingan kepada pengguna di lokasi tumpuan seperi Low Yat ini,"

"Kami akan membuat laporan polis esok. Ia merupakan isu gangster dan harus diberi perhatian sewajarnya.
"Saya mahu tekankan, paling penting mana-mana lokasi termasuk Low Yat ini harus segera ditutup jika insiden seumpama ini berlaku,"

Yang penting hari ini Rani Kulup akan buat laporan polis. Pak Mat rasa ramai yang terkena dengan penjual handphone ciplak ke clone ni rasanya. Nasib baik Pak Mat pakai iPhone Plus beli kat Mac City.

Yang penting Pak Mat sarankan kita boikot sama itu Lowyat.

0 comments:

Post a Comment