Monday, August 31, 2015

Penjelasan Sebenar Kes Tangkap Khalwat Penceramah Bebas, Ustaz Sharhan

Penjelasan Sebenar Kes Tangkap Khalwat Penceramah Bebas, Ustaz Sharhan


Baru-baru ini tersebar kes waran tangkap dikeluarkan kepada penceramah dan pendakwah bebas iaitu Ustaz Sharhan kerana kes khalwat.

Kes khalwat ini sebenarnya berlaku pada tahun 2013 dan waran dikeluarkan kerana ustaz Sharhan tidak menghadirkan diri ke mahkamah baru-baru ini.

Satu keratan akhbar berjudul " Umi Masjuri isteri saya yang sah" telah ditulis untuk membersihkan nama Ustaz Sharhan.


Kesimpulannya:
- Siapakah wanita tersebut? - itu adalah isterinya yang sah, cuma tiada dokumen ketika ditahan
- Kenapa waran tangkap? - sebab Ustaz Sharhan tak hadir ke mahkamah kerana tidak tahu tarikh tersebut


Ini penjelasan sebenar apa yang berlaku tentang kes ini:



Kumpulan Duo Sleeq Berpecah, Kini Tiada Lagi Sleeq


Kumpulan Duo Sleeq Berpecah, Kini Tiada Lagi Sleeq


Kumpulan duo popular Sleeq kini telah berpecah, dan Alif sendiri kini akan bergerak secara solo. Manakala  Syarif pula kini fokus untuk menguruskan perniagaannya.

Alif baru-baru ini dia mengakui sedang bergerak solo tanpa Syarif. Namun ura-ura mengatakan Alif dan Syarif bergaduh disebabkan isteri masing-masing.

Ini komen Alif:

“Benar #1 adalah single terakhir dari Sleeq, malah saya juga akan menukar nama saya kepada ALIF sahaja selepas ini. Tiada lagi Sleeq di belakang nama saya.

“Namun bab kerana isteri kami bergaduh sampai bubarkan Sleeq memang tidak benar. Apa yang menyebabkan kami pergi arah bertentangan kini adalah disebabkan komitmen masing-masing,”

“Saya anggap ini perkara biasa, cuma selepas ini tiada lagi Sleeq memandangkan saya akan meneruskan karier nyanyian secara solo manakala Syarif pula akan memberi tumpuan buat perniagaannya di Singapura.

“Kalau mahu kata perkahwinan juga sebagai perpecahan kami, saya tidak mahu nafikan. Namun secara positifnya bila sudah berkahwin kami tahu tanggungjawab masing-masing dalam memastikan sumber kewangan kami kukuh, jadi ini adalah cara terbaik buat kami ketika ini,” 


Tidak melihat khabar angin ini dari suatu sudut yang negatif, kata penyanyi yang berasal dari Singapura ini mungkin khabar ini wujud rentetan daripada pilihan mereka untuk berpecah buat sementara.

Perpecahan ini ternyata mengejutkan ramai kerana melihat potensi Sleeq sebagai kumpulan duo amat bagus dan boleh pergi jauh.




10 Gambar Adik Tasha Shila Yang Cantik

10 Gambar Adik Tasha Shila Yang Cantik


Pelakon jelita Tasha Shila merupakan seorang pelakon yang berbakat besar selain mempunyai wajah yang jelita.

Tasha Shila pernah memenangi anugerah bintang pelakon baru paling popular di Anugerah Bintang Popular beberapa tahun yang lalu menewaskan Izara Aishah.

Untuk pengetahuan Tasha Shila mempunya adik perempuan yang cantik juga. Nama adik Tasha Shila ialah Ella Razak.

Memang jelita seperti kakaknya tiu.

Jom layan gambar adik Tasha Shila, Ella Razak.










Penyanyi Popular Ditumbuk Pelakon Baru Di KLIA


Penyanyi Popular Ditumbuk Pelakon Baru Di KLIA


Penyanyi yang popular dengan lagu terhenti Di Sini (OST Nora Elena) iaitu Asfan telah mengesahkan dirinya dipukul pelakon baru Bil Azali ketika di KLIA.

Kejadian tersebut berlaku Sabtu lalu ketika Asfan sedang menunggu isterinya yang juga kakak kepada Bil dan anak-anaknya pulang bercuti dari Perancis.


Ini komennya:

"Benar, saya dipukul ketika menunggu isteri di balai ketibaan KLIA.

"Bagaimanapun saya tidak boleh mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu kerana ia terlalu peribadi untuk saya kongsikan,"

Bil Azali dikatakan telah menumbuk Asfan yang juga abang iparnya itu beberapa kali di bahagian muka dan badan.

Kejadian tersebut menimbul kekecohan di KLIA.

Berdasarkan satu laporan, pergaduhan itu tercetus gara-gara Bil berasa tidak berpuas hati terhadap Asfan yang dianggap tidak menjaga isterinya dengan baik. Difahamkan ibu Bil turut berada di tempat kejadian.

Sementara itu ditanya adakah Asfan akan mengambil tindakan terhadap aktor berkenaan, dia masih belum memikirkan untuk berbuat demikian.

"Saya tidak pasti nak buat laporan polis atau tidak. Tengok dahulu situasinya bagaimana.

"Biar saya selesaikan beberapa urusan penting dahulu,"


Sementara itu Bil yang popular menerusi drama Cinta Jangan Pergi juga mengambil pendekatan enggan mengulas lanjut berhubung kejadian yang berlaku.

Katanya, keputusan itu dibuat kerana tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak.

Ini komennya:

"Saya tidak boleh beri komen kepada umum kerana ini adalah masalah dalaman keluarga dan peribadi.

"Untuk ulas lebih lanjut saya rasa tak perlu. Saya pun jaga periuk nasi dia, jadi saya tak mahu apa yang berlaku ini akan memalukan dia sendiri,"

Sumber:mStar

Gambar Anak Normala Samsuddin

Gambar Anak Normala Samsuddin


Baru-baru ini bekas personaliti TV3 popular iaitu Normala Samsuddin telah tampil buat pertama kali setelah lama menyepikan diri.

Gambar terkini Normala Samsuddin pada umur 51 tahun boleh dilihat DISINI

Ini pula gambar anak perempuan kepada Normala Samsuddin yang juga cantik dan jelita. Namanya Ruhila dan umurnya dalam awal 20 an.

Sememangnya Ruhila mewarisi kecantikan ibunya itu.

Jom layan gamabr Ruhila, anak Normala Samsudin













Sunday, August 30, 2015

6 Gambar Abby Abadi Dan Suami Di Perhimpunan Bersih

6 Gambar Abby Abadi Dan Suami Di Perhimpunan Bersih


Abby Abadi dan suaminya Faizal telah berkongsi gambar ketika menyertai perhimpunan Bersih 4.0 baru-baru ini.

Saturday, August 29, 2015

Gambar Tasha Shila Kemalangan Jalanraya

Gambar Tasha Shila Kemalangan Jalanraya


Pelakon Tasha Shila sekali lagi menjadi tumpuan ramai apabila gambar keretanya terlibat dalam kemalangan telah tersebar.

Friday, August 28, 2015

Gambar Terkini 'Baby Bump' Kedua-Dua Isteri Ashraf Muslim

Gambar Terkini 'Baby Bump' Kedua-Dua Isteri Ashraf Muslim


Ashraf Muslim kini sedang berdebar untuk menerima 2 orang cahayamata apabila kedua-dua isterinya sedang mengandung.

"Gila La Kau Ni Betina" Fara Mendoza Kepada Tasha Shila

"Gila La Kau Ni Betina" Fara Mendoza Kepada Tasha Shila


Fara Mendoza merupakan antara saksi kejadian di mana tasha Shila didakwa mengamuk dan 'mabuk' di kelab malam sehingga dihalau keluar.

Thursday, August 27, 2015

Salinan Penuh Laporan Polis Ke Atas Tasha Shila

Salinan Penuh Laporan Polis Ke Atas Tasha Shila


Nampaknya pergaduhan Tasha Shila dengan bekas kekasih menjadi serius apabila Han telah membuat report polis.

Baca kisah pergaduhan mereka di kelab malam DI SINI.

Dalam laporan Han mengatakan dia dan rakannya dipukul kerana salah faham yang bermula dengan bekas teman wanitanya, pelakon Tasha Shila.

Han mengatakan dia telah ditampar oleh Tasha Shila yang dalam keadaan "mabuk" sebelum dipukul di kelab malam oleh beberapa lelaki.

Tasha Shila juga telah disimbah air dan dihaalu keluar dari kelab malam tersebut oleh beberapa pengawal keselamatan.

Kejadian ini dikatakan berlaku di kelab Zouk dan turut memperlihatkan Fara Mendoza antara saksi kejadian itu.

Ini salinan dari laporan polis Han:

KLIK PADA GAMBAR UNTUK BESARKAN

Berebut Hans, Tasha Shila Upah Lelaki Pukul, Dihalau Keluar Kelab Malam


Berebut Hans, Tasha Shila Upah Lelaki Pukul, Dihalau Keluar Kelab Malam


Ini satu cerita panas dari RotiKaya.

Melalui satu sumber yang berkongsikan maklumat kepada portal itu, seorang wanita di laman Instagram dengan panggilan Carmen mendakwa Tasha Shilla telah menyerangnya dan Hans (bekas kekasih tasha)

Carmen Emirda dikatakan merupakan kekasih baru Hans, seorang lelaki Thai yang merupakan peninju profesional.

Tasha Shila dikatakan telah menyerang Carmen dan Hans namun apa yang mengejutkan dikatakan Tasha juga telah mengupah 40 orang lelaki untuk memukul Hans.

Hans dikhabarkan telah pun membuat laporan polis kerana kes ini.

Yang menariknya, Farah Mendoza turut berada di tempat kejadian dan menceritakan kejadian yang berlaku termasuk Tasha Shila disimbah air dan dihalau keluar.

Tunggu penjelasan dari pihak Tasha Shila pula tentang tuduhan ini.





Wednesday, August 26, 2015

Layanan Buruk Anak Yatim, Nad Zainal Minta Maaf

Layanan Buruk Anak Yatim, Nad Zainal Minta Maaf


Baru-baru ini telah tersebar video Nad Zainal di rumah anak yatim yang menunjukkan pelakon ini sibuk bermain telefon bimbit .

"Anak Monyet Ni Tak Reti Duk Diam"- Pengasuh Kurang Ajar


"Anak Monyet Ni Tak Reti Duk Diam"- Pengasuh Kurang Ajar


Teruknya!! Seorang perempuan yang dikatakan pengasuh di sebuah taska memuatnaik status mengutuk ibu dan anak kecil asuhannya di laman sosial Facebook miliknya.

Gambar Terkini Baby Bump Eina Azman

Gambar Terkini Baby Bump Eina Azman


Pelakon jelita Eina Azman kini dikatakan sedang mengandung anak pertama hasil perkahwinan dengan Dato Gmix walaupun tiada pengumuman rasmi tentang hal itu.

Peminat "Sekolahkan" Nora Danish Setelah Berpisah Dengan Nedim

Peminat Sekolahkan Nora Danish Setelah Berpisah Dengan Nedim


Baru-baru ini telah sah bahawa pelakon Nora Danish dan kekasih hatinya Nedim Nazri telahpun clash atau berpisah.

Tuesday, August 25, 2015

Ini Respon Dari Yatt Hamzah Tentang Kes Cerainya


Ini Respon Dari Yatt Hamzah Tentang Kes Cerainya


Semalam pasangan Yatt Hamzah dan suaminya telah disahkan bercerai dengan talak satu.

Ini komen dari Yatt Hamzah:

"Ini yang terbaik untuk kami berdua buat masa ini. Alhamdulillah saya terima suratan ini dengan tenang. Ini yang Tuhan susun dan tulis di Loh Mahfuz. Saya meneruskan kehidupan macam biasa. Malah saat ini, saya sibuk dengan beberapa agenda kerja. Selebihnya mengenai hati saya, cukup saya katakan Allah sahaja yang maha mengetahui. 

"Kami masih berhubung dan berkawan baik. Cuma gelaran suami isteri itu sudah tiada. Doakan saya dan bekas suami kuat menerima ketentuan ini. Insya-Allah. Soal anak pun tak menjadi masalah kerana kami sudah berbincang. Kami sudah melakukan perjanjian terbaik untuk anak kami. Harapnya ia tak akan menimbulkan masalah. Soal giliran menjaga itu sama sahaja seperti ibu bapa yang melalui perceraian. Tak ada isu rebut anak pun,"

Semoga mereka berdua tabah hadapi dugaan ini.

"Jangan Bongkak. Tuhan Boleh Ambil Semua Sekejap Aje"


"Jangan Bongkak. Tuhan Boleh Ambil Semua Sekejap Aje"


Baru-baru ini seorang pengguna facebook memuatnaik foto pengguna servis pandu-lalu (drive-thru) di sebuah McDonald's dan mentertawakannya kerana menggunakan motorsikal.

Ini Komen Ibu Stacy Setelah Anaknya Memeluk Islam


Ini Komen Ibu Stacy Setelah Anaknya Memeluk Islam


Hajat penyanyi Stacy untuk menukar agama dan memeluk agama Islam telah dimaklumkan kepada keluarga terutama kedua ibu bapanya.

Monday, August 24, 2015

Keadilan Buat Anak Syurgaku, Korban Di Taska

Keadilan Buat Anak Syurgaku, Korban Di Taska


Ini merupakan satu kes yang perlu menjadi tumpuan ramai. Ini kes kematian seorang kanak-kanak yang disyaki mati dijerut di sebuah taska.

Akim Ahmad Mengamuk Video & Gambar Stacy Tersebar

Akim Ahmad Mengamuk Video & Gambar Stacy Tersebar


Akim Ahmad melalui twitter telah mengamuk dan melahirkan rasa kecewa dan tak puashati apabila gambar dan video Stacy memeluk Islam telah tersebar di laman sosial.
Sunday, August 23, 2015

Ini Respon Nad Zainal Tentang Kontroversi Terbarunya

Ini Respon Nad Zainal Tentang Kontroversi Terbarunya


Akibat pendedahan dari bekas pengurusnya bernama Along Zuren, Nad Zainal kini menjadi buruan media dan tumpuan ramai.