Tuesday, August 18, 2015

Aaisyah Dhia Rana Terjatuh, Berdarah Hidung


Aaisyah Dhia Rana Terjatuh, Berdarah Hidung



Rozita Che Wan berkongsi detik cemas apabila anaknya Aaisyah Dhia Rana terjatuh dan berdarah hidung baru-baru ini. Zain Saidin juga turut cemas de­ngan kejadian yang menimpa Aaishah dan menyifatkan perkara itu tidak dijangka.

Ini komen Che Ta:

“Aaishah jatuh katil sebelum kami datang ke sini hingga hidungnya berdarah. Kami bawanya ke klinik dan doktor menyuruh kami pastikan Aaishah tidak tidur dan aktif.

“Kami memang bimbang apa-apa berlaku terhadapnya. Ia kejadian pertama terjadi membuatkan saya ‘mengamuk’ sekejap. Alhamdulillah tiada apa-apa yang serius,” 

Aaishah kini semakin membesar dan beratnya mencecah 11 kilogram. Kerana mahu memberikan tumpuan kepada Aaishah, Rozita Che Wan juga berat hati untuk menerima sebarang tawaran berlakon sekarang.

“Tawaran memang ada untuk saya buat drama 13 episod, tapi saya masih pertimbangkan lagi. Saya ada banyak perkara lain nak diuruskan termasuk perniagaan sendiri.

“Jadual memang terlalu padat. Tambahan pula drama episod memakan masa hampir sebulan. Saya kena memikirkan orang untuk jaga Aaishah. Jujurnya, saya langsung tak rindu berlakon kerana terlalu sibuk.

“Sekiranya berlakon, rasanya semacam trauma apabila dapat jadual penggambaran yang tak menentu masa. Kesibukan menguruskan perniagaan serta Aaishah buat saya jadi begini.

“Kadang-kadang saya tak sabar nak balik rumah bertemu Aaishah. Mengenai perancangan untuk menambah anak, saya tak terfikir lagi sekarang.

“Lagipun saya bersyukur dengan apa yang ada sekarang. Rasanya cukuplah dengan anak yang kami ada,” 

Semoga Aaisyah Dhia Rana membesar dengan baik. Memang comel budak ini.

0 comments:

Post a Comment