Wednesday, August 26, 2015

"Anak Monyet Ni Tak Reti Duk Diam"- Pengasuh Kurang Ajar


"Anak Monyet Ni Tak Reti Duk Diam"- Pengasuh Kurang Ajar


Teruknya!! Seorang perempuan yang dikatakan pengasuh di sebuah taska memuatnaik status mengutuk ibu dan anak kecil asuhannya di laman sosial Facebook miliknya.


Ini tulis pengguna bernama Lillu:

"Anak monyet tak reti duduk diam. Mak kau acah bagus, suruh pantau anak yang macam monyet ini. Pergi taska sudahlah tak mandi. Lepas itu minum nak kena bersuap. Seluar pun ikat dengan getah. Babi tak mampu ke mak kau? Eh siallah," 

Ekoran status dari Lillu yang dianggap kurang ajar itu, orang ramai dilihat menghentam gadis berkenaan.

Ini antara komen orang ramai:

"Sedap mulut kata anak manusia ini anak monyet. Kalau rasa tak boleh nak kerja di taska, berhenti sajalah. Kenapa ada juga manusia seperti ini? Lebih baik kau dijadikan sebagai binatang," kata Kak Long

"Siapa mak baby ini? Baik awak jangan hantar baby awak ke taska itu lagi. Tak selamat dah, nanti kena dera oleh pengasuh sengal itu pula," kata Amriez.

Berharap ibu bapa lebih prihatin menghantar anak ke taska. Pihak taska juga hendaklah menjaga anak yang dihantar sebagai amanah dan tanggungjawab yang besar, bukan untuk untung sahaja.

Sumber: MyMediaHub

0 comments:

Post a Comment