Sunday, August 2, 2015

Bakal Suami Dedah Punca Sebenar Dia Terpikat Dengan Abby Abadi


Bakal Suami Dedah Punca Sebenar Dia Terpikat Dengan Abby Abadi


Bakal suami Abby Abadi, Muhammad Faizal Zakaria atau lebih mesra di sapa Jai telah mendedahkan mengapa dia ingin berkahwin dengan Abby Abadi.


Jai yang merupakan wartawan Harakah memberitahu sikap penyayang dan dermawan yang ada pada Abby Abadi itu membuatkan dia tertarik hati.

Selain itu, Abby Abadi dilihat sering membantu golongan yang memerlukan dan dia melihat ia adalah kualiti paling baik wanita itu.

Ini komen penuh Jai Ezzany:

Sikap Abby Abadi

"Ramai yang tidak tahu Abby sebenarnya seorang penyayang dan sikap suka membantu dan menderma kepada golongan susah, itu membuatkan saya tertarik hati kepadanya,"

Tak Menilai Cakap Negatif Orang

"Saya bukan jenis mudah menilai orang daripada apa yang saya baca atau dengar dan mengenali Abby dia adalah seorang wanita yang berbeza daripada apa yang diperkatakan,"

Tak Kisah Status Janda

"Saya ada tiga orang anak hasil perkahwinan terdahulu, begitu juga Abby. Ini adalah jodoh kami dan Insya-Allah ia akan saling melengkapi kami,"

Saat Perkenalan

"Saya seorang wartawan dan banyak membuat follow-up dengan Abby selain pernah bertemu dengannya ketika menghadiri program yang melibatkannya atas kapasiti kerja.

"Selepas pilihan raya umum pada 2013 berakhir kami pun tidak lagi berhubung namun kembali bertemu setahun kemudian dalam sebuah program pada Disember tahun lalu dan mula rapat sehinggalah mengambil keputusan untuk berkahwin,"


Abby Abadi dan Jai bakal bernikah pada 14 Ogos ini di Masjid Keramat dekat sini manakala majlis kenduri kesyukuran akan diadakan pada 16 Ogos.

Tahniah Pak Mat ucapkan.


2 comments: