Thursday, August 20, 2015

Ciri Lelaki Idaman, Neelofa Pilih Lelaki 30 Tahun


Ciri Lelaki Idaman Neelofa


Pelakon, pengacara dan juga usahawan Neelofa 26 tahun, akui kini ada beberapa lelaki cuba menguratnya dan berkenalan dengan dirinya.


Namun Neelofa memilih untuk bersama lelaki yang lebih matang dan meletakkan ciri lelaki berumur 30 tahun ke atas sebagai calon suami.

Ini komennya:

“Memang ada lelaki yang cuba mendekati saya tetapi saya mengelak kerana tidak mahu memberi mereka harapan. Kalau saya mahu menjalinkan hubungan dengan lelaki, biarlah hubungan itu ada hala tuju. Kalau boleh saya tak mahu bercinta dengan jejaka di bawah usia 30 tahun”

“Kalau boleh lelaki itu biarlah melepasi usia 30 tahun. Ini kerana bagi saya mereka dalam umur begini sudah matang dan sudah faham erti sebuah hubungan,” 

Melepaslah mereka yang berumur 20 tahun lebih hahaha. Nasib baik Pak Mat dah lepas 30 tahun :)

0 comments:

Post a Comment