Tuesday, August 11, 2015

Farah Dedah Fizz Fairuz Ingin Menguratnya, Siap Tunjuk Slip Bank

Farah Dedah Fizz Fairuz Ingin Menguratnya, Siap Tunjuk Slip Bank


Seorang gadis yang juga pelakon baru iaitu Farah Mendoza akui mmendedahkan perbualan dengan Fizz Fairuz (suami Almy Nadia) yang mana ternyata cuba menguratnya.

Ini komen Farah:

"Saya berkongsi perbualan itu di WeChat dengan tujuan supaya dia berhenti menganggu saya lagi. Saya tidak mahu dia terus mengumpan saya dengan tujuan untuk mengajak saya keluar.

"Dia juga ada mengambil gambar akaun bank peribadinya yang memaparkan sejumlah wang semata-mata ingin meyakinkan saya yang dia benar-benar mahu membelikan beg berjenama untuk saya dengan tujuan memikat hati saya,"

"Saya muat naik sekejap sahaja di WeChat dan selepas itu kawan saya Emma Maembong hubungi saya suruh buang kerana akan menimbulkan kontroversi. Selepas itu saya padam gambar dan status tersebut dan saya tidak ada muat naik di mana-mana Instagram seperti yang dikatakan di dalam gosip itu," 



"Selepas pulang itu, dia tiba-tiba add saya di WeChat dan cuba menghantar pelbagai mesej. Tetapi selepas saya muat naik gambar perbualan itu, dia ada hubungi saya dan minta saya buang segera status itu dan selepas itu tiada hubungi saya lagi,"

Fara menjelaskan, dia mengenali Fizz Fairuz ketika menemani Emma Maembong di set penggambaran Hantu Rumah Sakit Jiwa, arahan Micheal Ang. Dilaporkan, Fizz Fairuz juga berlakon dalam drama berkenaan.

0 comments:

Post a Comment