Saturday, August 8, 2015

Gaduh Lagi: Emma Maembong Bengang Perangai Zizan Razak


Gaduh Lagi: Emma Maembong Bengang Perangai Zizan Razak


Kisah hubungan Emma Maembong dan Zizan Razak kini dah berakhir. Emma Maembong kini pun dah "move on" dansedang rapat dengan Kamal Adli.

Tetapi ramai yang terkejut apabila semalam Emma maembong memuatnaik tweet di laman sosial yang melahirkan rasa tak puas hatu dengan perangai Zizan Razak.

Emma ternyata kecewa dengan sikap bekas kekasihnya itu yang sering bawa mulut dan cuba memburukkan dirinya dengan pelbagai versi cerita negatif.

Ini tulis Emma:


 "Sudah sudahlah itu nak bawa mulut. Saya tak cerita perkara sebenar sudah cukup baik. Banyak sangat kau pusing cerita. Kalau sudah PLAYBOY itu mengaku sajalah,". 

Apabila ditanya tentang Emma Maembong jelas tweet itu ditujukan kepada Zizan Razak

Ini komennya:

"Selama ini dia memberi kenyataan palsu mengenai punca perpisahan kami kepada media termasuk memberi alasan kereta mewah seperti sebelum ini tapi saya hanya berdiam diri sahaja. Kini saya dapat tahu, dia sengaja reka cerita negatif pula mengenai saya kepada orang lain dan cerita itu sampai balik kepada saya. 

"Awal perpisahan kami dahulu, saya ada ajak dia bertemu untuk menjelaskan apa yang terbuku dan tidak puas hati. Tapi dia menolak dan cuba menghilangkan diri. Bagi saya tak perlu jadi begitu kerana masing masing berada dalam industri yang sama. 

"Semakin saya berdiam diri semakin menjadi jadi jadi pula sikapnya. Kenapa perlu dia (Zizan) membuat onar sebegitu. Tolonglah. Jika saya tak ganggu orang, kenapa pula ada yang nak ganggu kita. Mudah sahaja kitaran hidup ini," 

"Selama ini saya tak dedahkan perangai atau keburukannya. Tapi saya tahu mungkin ramai yang tahu dia bagaimana. Saya sendiri tak faham apa motif permainannya. Kalau di pihak yang benar kenapa perlu takut dengan bayang bayang sendiri," 

Nampaknya Zizan Razak kena lagi dengan Emma Maembong. Huhu

0 comments:

Post a Comment