Saturday, August 8, 2015

"Ia Dah Selesai" - Kata PM Najib Tentang Dana RM 2.6b Dalam Akaunnya

"Ia Dah Selesai" - Kata PM Najib Tentang Dana RM 2.6b Dalam Akaunnya


Satu video dimuatnaik oleh Astro Awani menyaksikan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak mengatakan kes dana RM2.6 bilion dalam akaunnya dah selesai.


Ini ekoran pendedahan dari SPRM bahawa dana itu merupakan 'derma' dari Timur Tengah dan bukannya rasuah.

Ini kata PM Najib:

"Jangan kata saya jual negara. Saya tidak akan jual negara, saya Perdana Menteri yang akan dipertanggungjawab atas apa saja yang saya lakukan. Dan saya terima (dana) pun bukan kerana saya bagi kontrak,"

"Sebagai Presiden, saya kutip dana untuk kepentingan parti. Zaman dulu saya banyak (beri) pertolongan pada bahagian, haji, banyak rumah pulih, bahagian dapat tiap bulan, pentadbiran. Jangan bila saya diserang kita tuang minyak.

"Sebab itu SPRM sudah kata, itu bukan rasuah dan bukan duit 1MDB. Selesai. Ia dah selesai," 

Jom tonton video di bawah:


1 comments:

  1. Negara kita ni negara pengemis ka? PM kerja atur tadbir bukan pi kutip derma...

    ReplyDelete