Tuesday, August 25, 2015

Ini Komen Ibu Stacy Setelah Anaknya Memeluk Islam


Ini Komen Ibu Stacy Setelah Anaknya Memeluk Islam


Hajat penyanyi Stacy untuk menukar agama dan memeluk agama Islam telah dimaklumkan kepada keluarga terutama kedua ibu bapanya.



Untuk pengetahuan, niat Stacy itu telah direstui oleh ibu bapa. Ibu kepada penyanyi itu Agnes Kaloos, 57, berkata, anaknya telah memaklumkan hasrat berkenaan dan dia sekeluarga tidak menghalang kehendak Stacy itu.

Ini komen ibu Stacy:

"Memang Stacy sudah bagi tahu saya pasal hajat dia nak masuk Islam. Dulu dia Kristian. Dia cakap agama sama sahaja cuma cara (pelaksanaan) itu berbeza dan dia nak pilih agama Islam,” 

Hadir sama pada sidang media itu ialah bapa Stacy iaitu Annam Bayar.

Stacy telah mengucap 2 kalimah syahadah dan  memeluk  Islam di pejabat Agama Islam, Johor Baru, Johor dan nama Islamnya ialah Ummu Shaikhah Stacy Abdullah Binti Anam.

1 comments: