Saturday, August 15, 2015

Ini Komen Rahim Sepahtu Tentang Dakwaan Pukul Isteri


Ini Komen Rahim Sepahtu Tentang Dakwaan Pukul Isteri


Pelawak Rahim telah tampil memberi komen ekoran tersebar cerita bahawa isterinya membuat laporan polis kerana dipukulnya.



Rahim yang merupakan ahli kumpulan R2 dan juga Sepahtu telah menafikan perkara tersebut dan menyatakan telah berlaku sedikit salah faham.

Ini komen Rahim:

“Memang kami ada bertengkar. Biasalah kehidupan suami isteri memang begitu, tapi saya tak pukul (isteri). Saya pun baru tahu hal ini dan terkejut juga apabila mendengarnya. Saya rasa ini hanyalah khabar angin”

“Masalah di antara kami sudah pun selesai,” 

Melalui satu laporan Harian Metro, Rahim dikatakan telah memukul isterinya di bahagian muka, kepala dan bahu. Selain itu, Rahim juga dikatakan turut menendang belakang badan dan punggung isterinya.

Melalui perkembangan terbaru, isteri Rahim iaitu Kolin Abdullah menyatakan laporan polis yang disebarkan laman media sebagai palsu dan turut menafikan insiden tersebut.

0 comments:

Post a Comment