Tuesday, August 25, 2015

"Jangan Bongkak. Tuhan Boleh Ambil Semua Sekejap Aje"


"Jangan Bongkak. Tuhan Boleh Ambil Semua Sekejap Aje"


Baru-baru ini seorang pengguna facebook memuatnaik foto pengguna servis pandu-lalu (drive-thru) di sebuah McDonald's dan mentertawakannya kerana menggunakan motorsikal.


Ini tulis pengguna FB itu:

"Aku laki bini terkejut bila tengok mamat ni dengan awek dia, Ini drive-thru bukan ride-thru," 


Status ini mendapat kecaman dari orang ramai yang rata-rata tidak bersetuju dengan kritikannya terhadap penunggang motorsikal tersebut menggunakan servis berkenaan.

Ini antara komennya:

"Baru keluar gua ke perempuan ni?" kata Ahmad.

"Aku selalu je pergi (pandu-lalu) naik motorsikal," kata Shinju.

"Jangan bongkak, jangan sombong. Tuhan boleh ambil semuanya dengan sekejap aje," kata Greg.

"Jangan hina orang.. Kesenangan di dunia ni hanya pinjaman. Jangan bongkak dan angkuh. Hidup ni macam roda," kata Zuan.

Apapun memang biasa sahaja motor drive thru di McD, takde hal pun.

0 comments:

Post a Comment