Monday, August 31, 2015

Kumpulan Duo Sleeq Berpecah, Kini Tiada Lagi Sleeq


Kumpulan Duo Sleeq Berpecah, Kini Tiada Lagi Sleeq


Kumpulan duo popular Sleeq kini telah berpecah, dan Alif sendiri kini akan bergerak secara solo. Manakala  Syarif pula kini fokus untuk menguruskan perniagaannya.

Alif baru-baru ini dia mengakui sedang bergerak solo tanpa Syarif. Namun ura-ura mengatakan Alif dan Syarif bergaduh disebabkan isteri masing-masing.

Ini komen Alif:

“Benar #1 adalah single terakhir dari Sleeq, malah saya juga akan menukar nama saya kepada ALIF sahaja selepas ini. Tiada lagi Sleeq di belakang nama saya.

“Namun bab kerana isteri kami bergaduh sampai bubarkan Sleeq memang tidak benar. Apa yang menyebabkan kami pergi arah bertentangan kini adalah disebabkan komitmen masing-masing,”

“Saya anggap ini perkara biasa, cuma selepas ini tiada lagi Sleeq memandangkan saya akan meneruskan karier nyanyian secara solo manakala Syarif pula akan memberi tumpuan buat perniagaannya di Singapura.

“Kalau mahu kata perkahwinan juga sebagai perpecahan kami, saya tidak mahu nafikan. Namun secara positifnya bila sudah berkahwin kami tahu tanggungjawab masing-masing dalam memastikan sumber kewangan kami kukuh, jadi ini adalah cara terbaik buat kami ketika ini,” 


Tidak melihat khabar angin ini dari suatu sudut yang negatif, kata penyanyi yang berasal dari Singapura ini mungkin khabar ini wujud rentetan daripada pilihan mereka untuk berpecah buat sementara.

Perpecahan ini ternyata mengejutkan ramai kerana melihat potensi Sleeq sebagai kumpulan duo amat bagus dan boleh pergi jauh.




0 comments:

Post a Comment