Sunday, August 2, 2015

Luahan Aznil Nawawi Kepada Muhyiddin Yassin

Luahan Aznil Nawawi Kepada Muhyiddin Yassin


Aznil Nawawi atau Pak Nil telah menulis sedikit luahan hatinya di laman instagram tentang Muhyiddin Yassin.

Antaranya Aznil menulis Muhyiddin kini naik darjat dari Pemimpin yang digugurkan kepada pemimpin yang dihormati kerana setia terus berkhidmat untuk UMNO.

Ini tulis Aznil Nawawi:



Ya Allah! Luhurnya hati pemimpin ini. Tak boleh kah sikap begini dijadikan contoh pada saya dan kita semua? Beliau telah mengangkat darjat beliau dari 'Pemimpin Yang Digugurkan' kepada 'Pemimpin Yang DiHormati'. 

Kalau bukan calang2 pemimpin, dendam amarah pasti dibakar terutama ketika mengetahui sokongannya kuat ketika ini. 

Tabik pada TSMY kerana ketika manusia mula lupa peradaban, beliau masih tebal dengan harga diri. TSMY tidak membakar kelambu hanya kerana marah pada nyamuk sebab kebakaran kelambu boleh marak sehingga membakar rumah. 

TSMY, anda tak kalah bila mengalah. Allah mempunyai rencana yang lebih baik buat TSMY. Insyaallah.

Apapun perjuangan Muhyiddin dilihat masih belum selesai dan ramai yang menyokongnya.

0 comments:

Post a Comment