Wednesday, August 5, 2015

Murid 11 Tahun Lahirkan Anak: " Polis Dah Kenalpasti Teman Lelaki "

Murid 11 Tahun Lahirkan Anak: " Polis Dah Kenalpasti Teman Lelaki "


Telah menjadi viral kisah murid berusia 11 tahun melahirkan bayi yang sihat di Negeri Sembilan. ianya memang mengejutkan orang ramai.

Perkara ini terbongkar setelah kanak-kanak berkenaan mengadu sakit perut sebelum dikejarkan ke klinik tersebut.

Selepas pemeriksaan, dia disahkan mengandung dan sakitnya itu disebabkan ingin melahirkan anak.

UPDATE:

Budak perempuan berusia 11 tahun itu telah selamat melahirkan bayi lelaki di klinik swasta.

"Sebaik tiba, doktor memakluman budak itu hendak bersalin. Pada masa sama, air ketubannya sudah pecah.

"Belum sempat dibawa ke Hospital Jempol, dia melahirkan bayi lelaki dalam keadaan songsang.

"Bayi seberat lebih satu kilogram dilahirkan dalam keadaan sihat dan dua beranak itu dibawa ke Hospital Jempol sebelum dirujuk ke Hospital Tunku Ampuan Najihah Kuala Pilah,"

DAH KENAL-PASTI TEMAN LELAKI

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hamzah Alias ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berkenaan.

Polis dah kenalpasti teman lelaki namun masih belum ada sebarang tangkapan dibuat buat masa ini.

Ini komen pihak polis:

"Tiada tangkapan dibuat setakat ini, tetapi kita sudah mengenal pasti teman lelaki budak perempuan itu," 

0 comments:

Post a Comment