Saturday, August 22, 2015

Pelakon Cilik, Rykarl Berhenti Sekolah Tak Tahan Dibuli


Pelakon Cilik, Rykarl Berhenti Sekolah Tak Tahan Dibuli


Pelakon kanak-kanak yang hebat iaitu Rykarl Iskandar akui dia kini sudah berhenti belajar di sekolah sejak awal tahun ini dan beralih kepada home schooling.



Rykarl berkata, dia dan keluarga mengambil keputusan itu setelah tidak tahan dibuli dan diejek oleh rakan-rakan sekolahnya sehingga menggangu konsentrasi pembelajaran hanya kerana dia seorang pelakon.


Rykarl sebelum ini bersekolah di Sekolah Rendah Islam Seri Pintar Al-Amin, Bandar Sunway.


Ini komennya:

"Saya sering menjadi mangsa ejekan rakan-rakan di sekolah hanya kerana saya seorang pelakon sehingga menyebabkan fokus saya terhadap pelajaran terganggu.

"Atas sebab itu saya berhenti sekolah dan belajar secara 'home schooling' sejak awal tahun ini,"


"Guru akan datang ke rumah tiga kali seminggu dan kadang-kala lebih dari itu untuk mengajar saya walaupun pada awalnya sedikit kekok.

"Alhamdulillah pembahagian masa juga semakin terurus kerana belajar di rumah lebih fleksible bersesuaian dengan jadual penggambaran," 


Rykarl berkata mula-mula memang kekok tapi lama kelamaan okey je dan lagi memudahkannya memandangkan dia juga boleh membahagikan masa sebagai pelakon.


0 comments:

Post a Comment