Wednesday, August 5, 2015

Pendedahan Mengejutkan Mia Sara Dipukul


Pendedahan Mengejutkan Mia Sara Dipukul


Pelakon cilik, Mia Sara telah membuat pendedahkan pengalaman yang amat teruk tentang apa yang dilaluinya di sekolah.


Mia Sara mendedahkan dia sering dibuli rakan-rakan sekolah termasuk diejek hanya kerana popularitinya sebagai seorang artis.

Namun paling mengejutkan Mia Sara pernah dibaling batu dan dipukul. Gangster betul budak zaman sekarang.

Ini komen penuh Mia Sara: (mStar)

“Mereka buli saya, mengejek, baling batu dan pernah juga pukul saya. Saya sedih juga dan kadang-kala rasa geram. Tetapi ayah pesan, biar orang buat kita, tetapi jangan kita buat orang,” 

Bapa Mia Sara, Muhammad Ridhuan berkata dia tahu kes buli itu, namun tidak mahu terlalu masuk campur kerana mahu Mia Sara belajar berdikari.

Ini pula komen bapa Mia Sara:

“Bagi saya apa-apa yang berlaku di sekolah, biar cikgu yang uruskan, saya tak mahu masuk campur. Saya nak Mia melalui proses seperti kanak-kanak lain. Lagipun dia seorang selebriti dan bukan mudah untuknya melalui pengalaman itu”

“Biarlah dia berdikari dan belajar selesaikan masalahnya sendiri. Jangan sampai anak saya cedera teruk kena belasah, sudahlah,”

Kalau cucu Pak Mat, dah kena balik budak yang suka membuli ini. Loser betul huhu.

0 comments:

Post a Comment