Monday, August 3, 2015

Pendedahan Sebenar Siapakah Ayah Tan Sri Muhyiddin Yassin

Pendedahan Sebenar Siapakah Ayah Tan Sri Muhyiddin Yassin



Ramai yang tidak tahu siapakah sebenarnya ayah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia.


Menerusi satu artikel di laman internet, ayah Muhyiddin merupakan seorang pengajar dan pendakwah agama yang amat hebat dan dihormati.

Jom baca artikel tersebut:

Nama lengkap ulama yang menetap di Muar ini ialah Tuan Guru Haji Muhammad Yassin bin Muhammad. Diriwayatkan beliau berasal dari Siak, Sumatera. Tuan Guru Haji Muhammad Yassin lahir pada tahun 1902 Masehi dan meninggal dunia ketika berusia 73 tahun di Muar, Johor.

Tuan Guru Haji Muhammad Yassin adalah seorang pendakwah dan guru yang sangat gigih. Beliau banyak mengajar di daerah Muar seperti di Masjid Jamek Muar, Masjid Parit Jamil, Masjid Seri Menanti, Masjid Bukit Gambir, Masjid Bukit Kangkar dan Masjid Sungei Mati Muar. 

Adakalanya, beliau mengajar sampai ke Chohong Melaka yang merupakan sempadan antara Melaka dan Muar. Pengajaran beliau kebanyakannya tertumpu kepada kitab-kitab Tasawwuf dan Ilmu Tauhid. Tuan Guru Haji Muhammad Yassin menadah kitab kepada ulama besar Muar satu ketika dahulu iaitu Tuan Guru Haji Abu Bakar bin Haji Hasan al-Muari bin Haji Ahmad bin Anggak bin Datuk Sijo Bukit Moh, Muar Bandar Maharani, Johor.

Beliau dikatakan telah berhasil mengkhatamkan beberapa kitab terkenal di Alam Melayu dibawah pengawasan gurunya itu. Antara kitab yang berjaya dikhatam dihadapan gurunya itu ialah Faridatul Faraid karangan masyaikh gurunya iaitu Syeikh Ahmad al-Fathani yang sangat terkenal di Alam Melayu pada abad ke-19 Masehi. 

Gurunya iaitu Tuan Guru Haji Abu Bakar inilah yang banyak mempengaruhi corak pemikiran beliau. Pandangan beliau terhadap gurunya seperti yang dicatatkan oleh almarhum al-Ustaz Haji Wan Mohd Saghir Abdullah diungkapkan seperti berikut,

"Ketika aku akan belajar ilmu kemegahan dunia di Sumatera, setelah diketahui oleh Abu Bakar Alim, aku lalu dinasihatinya supaya belajar kepada beliau sahaja. Sekiranya aku melanggar nasihat beliau, mungkin aku menjadi seorang yang jahat.''

Hebat rupanya ayah Muhyiddin ini. Kagum Pak Mat tengok.

0 comments:

Post a Comment