Monday, August 31, 2015

Penyanyi Popular Ditumbuk Pelakon Baru Di KLIA


Penyanyi Popular Ditumbuk Pelakon Baru Di KLIA


Penyanyi yang popular dengan lagu terhenti Di Sini (OST Nora Elena) iaitu Asfan telah mengesahkan dirinya dipukul pelakon baru Bil Azali ketika di KLIA.

Kejadian tersebut berlaku Sabtu lalu ketika Asfan sedang menunggu isterinya yang juga kakak kepada Bil dan anak-anaknya pulang bercuti dari Perancis.


Ini komennya:

"Benar, saya dipukul ketika menunggu isteri di balai ketibaan KLIA.

"Bagaimanapun saya tidak boleh mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu kerana ia terlalu peribadi untuk saya kongsikan,"

Bil Azali dikatakan telah menumbuk Asfan yang juga abang iparnya itu beberapa kali di bahagian muka dan badan.

Kejadian tersebut menimbul kekecohan di KLIA.

Berdasarkan satu laporan, pergaduhan itu tercetus gara-gara Bil berasa tidak berpuas hati terhadap Asfan yang dianggap tidak menjaga isterinya dengan baik. Difahamkan ibu Bil turut berada di tempat kejadian.

Sementara itu ditanya adakah Asfan akan mengambil tindakan terhadap aktor berkenaan, dia masih belum memikirkan untuk berbuat demikian.

"Saya tidak pasti nak buat laporan polis atau tidak. Tengok dahulu situasinya bagaimana.

"Biar saya selesaikan beberapa urusan penting dahulu,"


Sementara itu Bil yang popular menerusi drama Cinta Jangan Pergi juga mengambil pendekatan enggan mengulas lanjut berhubung kejadian yang berlaku.

Katanya, keputusan itu dibuat kerana tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak.

Ini komennya:

"Saya tidak boleh beri komen kepada umum kerana ini adalah masalah dalaman keluarga dan peribadi.

"Untuk ulas lebih lanjut saya rasa tak perlu. Saya pun jaga periuk nasi dia, jadi saya tak mahu apa yang berlaku ini akan memalukan dia sendiri,"

Sumber:mStar

0 comments:

Post a Comment