Friday, August 21, 2015

"Saya Bukan Perempuan Murahan, Itu Amaran Kepada Fizz" - Farah Mendoza


"Saya Bukan Perempuan Murahan, Itu Amaran kepada Fizz" - Farah Mendoza


"Saya bukan perempuan murahan, itu (gambar perbualan) adalah amaran kepada Fizz" - itu adalah antara luahan Farah Mendoza setelah dia di label perempuan murah walhal dia cuba mendedahkan perbuatan Fizz.



Tindakan Farah Mendoza mendedahkan perbualan flirt dengan pelakon Fizz Fairuz mengundang pelbagai reaksi. Ada yang terkejut dengan perangai Fizz dan ada juga yang menyalahkan Farah Mendoza.

Printscreen perbualan itu menjadi viral pada 14 Ogos lalu, Fizz Fairuz nafi mengenali Farah malah Almy Nadia juga mentertawakan Farah Mendoza. Almy juga menggelar Farah hanya mahu cari publisiti.

Ini pula respon Farah Mendoza:

“Itu amaran saya kepada Fizz dan ia bukan bertujuan mencari publisiti murahan seperti yang diperkatakan.
“Saya tidak ‘menjual diri’ untuk cari rezeki, malah saya bukan penganggu rumah tangga orang.

“Penjelasan ini diharap dapat membersihkan semula nama saya. Barangkali imej seksi saya mengundang prasangka kurang baik, namun hakikatnya saya tidak pernah mengganggu sesiapa.

“Kepada yang bercakap buruk mengenai saya, jangan terlalu mudah menjatuhkan hukuman. Jika apa saya lakukan itu untuk mencari publisiti murahan, sudah lama saya buat, kenapa baru sekarang?,”

Tegas Farah Mendoza,  Fizz yang memulakan langakah dan menghubunginya selepas melihat kelibatnya di set penggambaran sebuah filem.

“Pada 3 Ogos lalu saya menemani kawan baik saya, Emma Maembong ke lokasi penggambaran di Jalan Duta, Kuala Lumpur.

“Fizz turut membintangi filem itu. Pulang dari set penggambaran, dia menghubungi saya menerusi aplikasi WeChat. Entah dari mana dia mendapatkan nombor telefon saya,”

Farah juga mendedahkan daripada perbualan biasa Fizz kemudian mula mengarut termasuk menunjukkan jumlah wang yang ada dalam akaun bank.

“Saya tahu akaun bank itu palsu. Kononnya dia mahu belanja saya membeli-belah dan kemudian bertanya adakah saya ‘menghiburkan’ orang.

“Saya masih simpan semua isi kandungan perbualan kami. Saya tidak tahan apabila dia mula bercakap yang bukan-bukan. Saya bukan perempuan murahan dan perosak rumah tangga orang,”

Farah juga menyelar tindakan Almy Nadia yang memuat naik fotonya ke Instagram lerana ianya hanya memburukkan lagi keadaan.

“Kenapa dia memuat naik empat gambar saya dalam Instagram miliknya berserta kata-kata ‘pengarah ambil­lah pelakon baru ini berlakon’?

“Kalau betul saya mencari publisiti mesti saya dapat banyak tawaran selepas kejadian itu. Namun, sampai hari ini tidak apa pun yang luar biasa, hari-hari yang saya lalui masih sama,” 

Itulah kata-kata Farah Mendoza.

0 comments:

Post a Comment