Tuesday, August 4, 2015

Suami Dedah Perangai Buruk Rakan Sharifah Shahora

Suami Dedah Perangai Buruk Rakan Sharifah Shahora


Pengarah sinematografi, Raja Mukhriz mendedahkan rasa kesal dengan perangai rakan-rakan isterinya Sharifah Shahora.


Katanya Sharifah Shahoramempunyai sahabat yang berfikiran negatif sehingga menyebabkan pergolakan rumah tangga mereka mengambil masa lama untuk diselesaikan.

Raja Mukriz  mendedahkan sahabat isterinya juga gagal memberi nasihat yang baik untuk merapatkan semula hubungan mereka sebaliknya hanya meracun fikiran isterinya itu sehingga masalah menjadi teruk.

Ini komen Raja Mukhriz: (mStar)

“Saya rasa perkara paling bahaya apabila kawan-kawan dia tak support dia untuk melihat masalah rumah tangga kami dapat diselesaikan. Pada saya, kawan-kawan macam ini ialah kawan yang tidak sihat,”

"Saya bukan seorang yang romantik. Masa nak pujuk dia, saya bagi bunga padanya yang diletakkan atas meja bersama sekepimng nota dengan harapan hatinya sejuk. Syukurlah… akhirnya masalah rumah tangga kami dapat diselesaikan dan hubungan kami menjadi bertambah baik,"

Sebelum ini suami Sharifah Shahora ini kantoi bermain kayu tiga apabila isteri terbaca kandung mesej di dalam telefon bimbitnya.

Namun akhirnya Raja Mukhriz berjaya memujuk Sharifah Shahora walaupun sememanya akui ianya amat sukar.

Untuk pengetahuan, Sharifah Shahora dan Raja Mukhriz mendirikan rumah tangga pada 26 Oktober 2008 dan mempunyai dua orang anak masing-masing berusia tiga dan tujuh tahun.

0 comments:

Post a Comment