Thursday, August 20, 2015

Takziah, Fezrul Khan Sah Bercerai Talak Satu Semalam


Takziah, Fezrul Khan Sah Bercerai Talak Satu Semalam


Pelakon Fezrul Khan mengesahkan dia telahpun bercerai dengan isterinya Noorhafizah Zulkafli semalam. pelakon ini melafazkan talak satu kepada isterinya.

Lafaz cerai dilakukan Fezrul di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat dekat sini pada Rabu.

Fezrul atau nama sebenarnya Fezrul Khan Junaidi, 35, bagaimanapun tidak mahu berbicara lanjut dan menjelaskan berhubung punca perceraian itu.

Ini komennya:

"Hmmm... Ya. Sejak semalam (bercerai) di Mahkamah Hulu Langat. Selebihnya saya tidak boleh bercakap sekarang. Saya belum bersedia,"

Fezrul dan Noorhafizah mendirikan rumah tangga pada 5 Mei 2012 dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Farrel Khan yang kini berusia dua tahun.

0 comments:

Post a Comment