Tuesday, August 18, 2015

Wanita Ini Kongsi Pengalaman Menjadi Rakan Baik Abby Abadi

Wanita Ini Kongsi Pengalaman Menjadi Rakan Baik Abby Abadi



Sekiranya anda terlihat foto majlis pernikahan Abby Abadi dan Jai baru-baru ini pasti anda akan perasan wanita yang sering bersama Abby Abadi.


Wanita tersebut berpurdah dan dilihat akrab dengan Abby Abadi. Siapakah wanita itu?

Wanita itu sebenarnya bernama Dina, merupakan kawan baik Abby Abadi. Jom ikuti perkongsian dari wanita ini tentang persahabatannya dengan Abby Abadi

My Sister.

Pengenalan tahun 2014 semasa Ramadhan. Kak Abby selalu pergi Masjid Al Ridhuan, Hulu Kelang. Dia selalu pergi dengan anak-anak dia. Masa memula segan nak tegur sebab artis kan, malu ar. Kang kata apa pulak. Kita ni orang biasa-biasa je. Haha lama-lama tuh dah jadi jemaah masjid, mulalah berkenalan. Kenal punya kenal, pergi kelas kitab then habis tuh makan kat kedai mamak, ajak tidur rumah la, pergi shopping kat kenanga la and macam macam lagi. Fuh! Dah la bagi barang-barang yang best. Telekung, baju, handbag, minyak wangi, umaima, duit, (tapi bagi bukan sekali gus ok, berjalannya waktu). Terima kasih sangat kak .

Ada orang tanya, kak dina ada hubungan apa dengan kak abby? kak dina saudara ke dengan kak abby? Kak dina kawan dengan retis tuh, fuyoo. Macam-macam soalan. Jawapannya, kami hanya saudara seislam yang akrab. Bila kau dah anggap kawan tuh macam sahabat, mesti kau akan sayang kan. Begitu juga diri ini. Kak abby ni banyak membantu, baik orangnya. Nak balas jasa tuh tak mampu lagi buat masa ni, hanya doa saja. Dalam hadis kata, ingatan yang paling kuat dengan saudaranya adalah dengan berDOA .

Akhir kata, semoga berbahagia dunia akhirat kak. Hopefully perkahwinan akak ni yang terakhir dan berkekalan hingga ke Syurga. Aamiin. (Mohon en.Jai jaga kakak kita). 

sumber: insta Abby

0 comments:

Post a Comment