Wednesday, August 19, 2015

Zizan Razak Akui Keluar Dengan Ummi Nazeera

Zizan Razak Akui Keluar Dengan Ummi Nazeera


Pelawak Zizan Razak memang tak lekang dengan kontroversi cinta. Selepas Emma Maembong dan Edora, kini Zizan Razak akui telah keluar dengan Ummi Nazeera.

Ummi Nazeera merupakan pelakon comel yang mula meningkat naik melalui drama Nur Kasih bersama Tiz Zaqyah, Remy Ishak dan juga Fizz Fairuz.

Kini hubungan mereka berdua masih diperingkat awal lagi dan hanya kawan.

Ini komen Zizan Razak:

“Saya mengakui yang saya ada keluar makan bersama Ummi beberapa kali, tetapi kami tidak keluar berdua. Kami ditemani oleh pembantu peribadi masing-masing,” 

"Saya mengenali Ummi sejak berlakon bersama dalam telefilem 'Angin Cinta'. Mula-mula agak kekok, tetapi lama kelamaan kami jadi mesra sebab dia pun baik orangnya. Saya suka berkawan dengan dia," 
 
“Selepas bekerja dengan Ummi, saya mula mengenalinya sebagai kawan. Dia seorang yang baik dan saya sangat menghormatinya sebagai seorang sahabat. Buat masa ini, hubungan kami tidak lebih dari itu. Saya selesa berkawan dengan Ummi,” 

Zizan akui agak kekok ketika di awal perkenalan dengan Ummi Nazeera. Namun kini pelakon, pelawak dan pengacara ini menjelaskan bahawa dia selesa berkawan dengan Ummi selain menghormatinya sebagai rakan.

0 comments:

Post a Comment