Wednesday, September 30, 2015

Pengakuan Terbaru Linda Rafar Tentang Kes Penceraiannya


Pengakuan Terbaru Linda Rafar Tentang Kes Penceraiannya


Linda Rafar melalui akhbar Utusan telah membuat pengakuan dan kenyataan yang baru tentang hubungannya dengan suami Syed Aiman.

~Baca Juga Kes Menakutkan Buat Peminat Che Ta (KLIK SINI)

Akui masih sayangkan suaminya dan juga anak-anak, Linda Rafar yang pernah memfailkan penceraian sebelum ini mengesahkan kini mereka sedang dalam proses untuk kembali rujuk.

Linda akui terlalu mengikut emosi dan perasaan ketika menfailkan perasaan, mungkin kerana mengandung katanya lagi.

Ini komennya:

“Ya, kami dalam proses untuk rujuk. Saya akan hentikan kes itu dalam masa terdekat ini.Saya akui, fasa itu bermula kerana sedang mengandung. Itulah yang memberikan kesan sehingga saya melakukan perkara yang mengarut. Wanita mengandung. Biasalah memang akan cepat sensitif”

“Buat masa ini, saya dan Syed akan berbincang semula mengenai kehidupan kami. Kami juga akan berbincang dengan pihak keluarga untuk langkah seterusnya demi mengukuhkan kembali ikatan kekeluargaan ini,” 

“Kami kembali ini juga kerana Syed masih sayangkan saya dan anak-anak. Saya akui, sikap tidak matang saya membuatkan saya cepat membuat keputusan yang terburu-buru. Perkahwinan sangat suci. Bagi saya perkahwinan itu sangat naif dan kita yang perlu mencorak dan membentuknya”

“Kami berdua pernah gagal dalam perkahwinan pertama. Perkara itu memberikan kami banyak pengajaran. Takut lagi untuk hadapi semua itu. Tapi, saya bersyukur kerana apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Saya sendiri perlu bersangka baik jika diuji perkara sebegini. Doakan kami ya,” 

Semoga hubungan semakin kuat dan akrab selepas ini.

Penipu Besar: Peniaga Scam Jual Nama Rozita Che Wan, Raih RM 700,000


Peniaga Scam Jual Nama Rozita Che Wan, Raih RM 700,000


Satu kes penipuan online yang membabitkan nama Rozita Che Wan ini nampaknya semakin menjadi-jadi dan dikatakan berjaya mengaut hasil haram RM700,000.

Harian Metro pada hari ini mendedahkan seorang lelaki di sebalik akaun Instagram Paris Shopping Heaven telah menipu orang ramai dengan menjual beg berjenama mewah pada harga rendah namun semuanya hanya penipuan semata-mata.

Rozita Che Wan beberapa bulan lalu pun ada memuat naik status di Instagram memberi amaran kepada pengguna supaya tidak tertipu dengan akaun tersebut yang pernah menggunakan namanya.

Kononnya akaun instagram itu seoalah olah peniaga itu pernah berurusan menjual beli beg tangan mewah dengan Rozita Che Wan.

Ini komen Che Ta:

“Saya dimaklumkan peminat apabila lelaki itu mengunakan gambar saya kononnya pernah berurusan membeli beg berjenama daripadanya. Kalau baca komen memang ramai yang mengadu mereka ditipu pemilik akaun terbabit. Saya tak pernah kena lagi, tetapi nyaris ditipu,” 

Dikatakan lebih 30 orang mangsa telah tertipu dan mereka tampil membuat laporan polis dan mendedahkan taktik lelaki itu menipu mereka.

Sumber: metro

Punca Sebenar Tunku Aminah Tutup Akaun Instagram


Punca Sebenar Tunku Aminah Tutup Akaun Instagram


Puteri Johor, Tunku Aminah Maimunah Iskandariah bertindak menutup akaun Instagram miliknya baru-baru ini dan mencetuskan tanda tanya kepada followernya.

Tunku Aminah kini tampil menjelaskan beliau bertindak demikian selepas menerima komen negatif kerana tidak memakai tudung.

Tunku Aminah, puteri tunggal kepada Sultan Ibrahim dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah berkata beliau tidak mahu individu yang tidak mengenalinya cepat membuat penilaian mengenai cara beliau berpakaian.

Katanya, semua tindakannya adalah antara beliau dan Allah.

Ini kenyataan dari Tunku Aminah:

"Saya percaya ini adalah keputusan terbaik yang pernah saya buat," 

"Saya sedar bahawa menjadi perhatian ramai bukan cara saya dan saya benar-benar gembira selepas menutup akaun Instagram awal bulan ini," 

"Mula-mula saya memuatnaik gambar kucing, tetapi orang mula memberikan komen buruk yang menyakitkan hati tentang saya kerana tidak memakai tudung.

"Perkara itu mula berterusan hingga saya merasakan mereka menceroboh ruang peribadi saya.

"Namun selepas menerima nasihat yang baik daripada ibu bapa yang risau tentang keselamatan dan kesejahteraan saya, keputusan diambil untuk menutup semua media sosial," 


Selain itu, Tunku Aminah berkata, beliau berterima kasih kepada abangnya terutama Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris kerana mempertahankannya daripada kritikan negatif itu.

"Saya mendapat tahu tentang apa yang beliau lakukan selepas membacanya dalam akhbar The Star beberapa hari lalu dan semua saudara-saudara saya memberikan sokongan, saya benar-benar gembira,".



Pelakon Ammar Alfian Akui Buat Tatu


Pelakon Ammar Alfian Akui Buat Tatu 


Pelakon penuh kontroversi, Ammar Alfian akui membuat tatu tetapi menafikan dia sengaja mencari publisiti murahan dengan memuat naik gambarnya dengan tatu di badan di laman Instagram miliknya, semalam.

Ammar berkata, perkara itu tidak sepatutnya diperbesarkan hanya kerana dia tidak berbaju kerana sebelum ini ada saja selebriti yang menayangkan badan mereka.

Katanya, disebabkan dia tidak disukai segelintir pihak, maka ia sengaja diperbesarkan.

Punca Bertatu

Ini komen dari Ammar Alfian:

“Tatu di dada dan bahu saya itu dibuat selepas putus cinta dengan seorang pelakon kira-kira dua tahun lalu.

"Niat saya memuat naik gambar dalam keadaan begitu kerana itu adalah diri saya. Inilah kehidupan saya.

"Saya tidak perlu menjadi orang lain demi menjaga hati orang lain. Saya mahu biarlah orang ramai lebih memandang bakat lakonan saya dan bukan kisah-kisah peribadi saya seperti ini," 

Nak Buang Tatu

Dalam pada itu, Ammar turut menyatakan hasratnya untuk membuang tatu terbabit tetapi belum berkesempatan.

"Saya memang nak buang tatu ini. Saya sudah pergi ke beberapa klinik dan mereka menyatakan akan ada kesan parut jika saya membuangnya.

"Mereka turut menyarankan saya melakukannya di Amerika Syarikat kerana di sana kaedahnya lebih bagus tanpa sebarang kesan parut. Jika ada rezeki memang saya mahu ke sana untuk membuang tatu ini,"

Kucup Kekasih

Sementara itu, mengulas mengenai video dia mengucup bibir seorang wanita dipercayai kekasihnya di Instagram ketika bercuti di sebuah pulau, baru-baru ini, Amar berkata, perkara itu dilakukan tanpa dia berfikir mengenai kesannya.

"Saya memang tidak sengaja memuat naik video itu dan wanita itu juga bukan kekasih saya.
"Apabila ada rakan menegur mengenai video itu saya terus memadamnya. Saya mengaku saya silap dan saya mohon maaf. Sebagai manusia biasa saya tidak terlepas daripada melakukan kesilapan,”

Video berdurasi 15 saat itu memaparkan Ammar dalam keadaan tidak berbaju mengucup bibir seorang wanita dipercayai kekasihnya.

Difahamkan, Ammar memuat naik video itu di Instagram semalam sebelum bertindak memadamnya beberapa jam kemudian.

Sumber: Metro

Monday, September 28, 2015

Perbuatan Anak Derhaka Yang Melampau

Perbuatan Anak Derhaka Yang Melampau


Seorang lelaki bernama Liu di China tergamak melayan buruk ibunya sendiri. lelaki itu meminta emaknya duduk di bahagian bonet belakang kereta.

Ini bagi membolehkan anaknya boleh berbaring di tempat duduk belakang dengan selesa.

Apa yang lebih mengejutkan, kereta yang dipandu lelaki itu sebenarnya dibeli oleh ibunya yang kini berusia 60 tahun.

Kisahnya tersbongkar apabila kereta dipandu Liu pada mulanya ditahan polis dalam sekatan jalan raya di bandar ini baru-baru ini.

Ketika pemeriksaan, anggota polis melihat isteri Liu duduk di bahagian penumpang hadapan dan anaknya berbaring di tempat duduk belakang.

Anggota polis itu kemudian terkejut apabila mendapati seorang wanita tua duduk di bahagian bonet belakang.

Memang kurang ajar.
Sunday, September 27, 2015

Azwan Ali Tersilap Maki Hamun Lagi, Kini Kerana "Johor Bahru"

Azwan Ali Tersilap Maki Hamun Lagi, Kini Kerana JB


Selebriti yang bermulut lantang iaitu Azwan Ali kini sekali lagi tersilap memaki hamun. Kali ini adalah kerana perkataan JB.

Seorang bertanya kepadanya "Jb tiada ke" yang bermaksud di "Johor Bahru tiada ke". Namun kerana cepat melatatah, Azwan Ali yang tersilap tafsir mengaggap JB itu sebagai "job".

Apabila ditanya tentang "tiada job ke", apa lagi mengamuk la orang tua tu. Terus bertalu-talu wanita itu dimaki hamun.

Apapun, jom baca komen tersebut:


Lagi 13 Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Akim Dan Stacy

Lagi 13 Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Akim Dan Stacy


Sebelum ini admin ada berkongsi sedikit gambar pertunangan penyanyi Akim dan juga Stacy. 8 Gambar Tunang Stacy Dan Akim (KLIK SINI)

Ini merupakan 13 lagi gambar terbaru yang admin mahu kongsikan sekitar majlis pertunangan pasangan sama cantik sama padan ini.

Tahniah buat kedua-dua pasangan kekasih yang kini sah bergelar pasangan tunang. Tak sabar nak tunggu mereka berdua bernikah.

Jom layan gambar :












Putera Johor, Tunku Idris Pertahan Adiknya Tunku Aminah Tidak Bertudung

Putera Johor, Tunku Idris Pertahan Adiknya Tunku Aminah Tidak Bertudung



Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris yang juga adik kepada TMJ telah mempertahankan pakaian adik perempuannya yang tidak mengenakan tudung.

Menerusi akaun Instagram miliknya, putera Johor itu memuat naik gambar adiknya, Tunku Aminah Maimunah Iskandariah berpakaian baju kurung biru cair dengan rambutnya diikat.

Tunku Idris ternyata kecewa dengan komen orang ramai tentang adiknya itu. Beliau juga menyatakan bahawa adiknya itu menunaikan solat lebih banyak berbanding mereka yang mengenakan tudung.

Tunku Idris juga memberitahu bahawa Tunku Aminah juga berpakaian sopan dan memakai selendang ketika menghadiri semua acara keagamaan.

Ini komen Tunku Idris:

"Apabila saya melihat komen mengenai adik saya yang tidak memakai tudung, ia sangat mengecewakan," 

"Adakah itu tidak cukup baik? Bukankah ia antara dia dan Allah?" 

Tegas Tunku Idris lagi, masyarakat hari ini lupa bahawa orang Melayu bukannya bangsa Arab dan berpakaian seperti kaum itu tidak menjadikan seseorang itu lebih kuat pegangan agamanya.

Katanya selain menjadi pakaian agama, hijab adalah pakaian budaya bagi orang-orang Arab kerana ia melindungi pemakainya daripada panas atau ribut pasir.

"Ada orang alim pernah memberitahu saya, anda memakai tudung apabila anda benar-benar cantik atau benar-benar hodoh hingga boleh menyebabkan gangguan kepada orang lain. Jadi ia membuatkan saya tertanya-tanya - siapalah kita untuk menghakimi,"
Saturday, September 26, 2015

8 Sekitar Gambar Majlis Pertunangan Akim Ahmad Dan Stacy

8 Sekitar Gambar Majlis Pertunangan Akim Ahmad Dan Stacy



Penyanyi Akim Ahmad dan juga Stacy telah selamat bertunang semalam. Berita baik ini telah dikongsikan bersama oleh rancangan hiburan Hlive!.

Akim Ahmad turut melahirkan rasa gembira dengan pertunangan tersebut

Ini komen Akim:

“Syukur Alhamdulillah. Majlis Pertunangan saya Akim Ahmad dan bakal isteri saya Stacy Anam telah selamat berlangsung tadi 26hb September 2015. Terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kami. Dan doakan yang terbaik untuk kami di masa akan datang,”

Akim Ahmad dan Stacy merupakan bekas pelajar rancangan Akademi Fantasia dan hubungan mereka sering menjadi tanda tanya.

Stacy baru-baru telah memeluk agama Islam dan menggunakan nama Ummu Syaikhah.

Tahniah buat Akim dan Stacy. Ini beberapa gambar:










Wednesday, September 23, 2015

Ahli Politik Nafi Dakwaan Cuba Memperkosa Eina Azman

Ahli Politik Nafi Dakwaan Cuba Memperkosa Eina Azman



Datuk Jamal Md Yunos Ketua Umno Sungai besar menafikan laporan dia cuba memperkosa pelakon jelita Eina Azman.

Datuk Jamal akui mengenali pelakon itu bahkan ramai lagi artis termasuk Siti Nurhaliza kerana dia merupakan ahli perniagaan dan mempunya perniagaan di dalam industri hiburan.

Ekoran tuduhan itu, Datuk jamal telah membuat laporan polis untuk membersihkan namanya.

Ini komennya:

“I know many artistes because I am a businessman and I have an entertainment company.

“I know her (Eina) and many others I have met. I have also met (Datuk) Siti Nurhaliza before, as well as other artistes,”

“I don’t see it as a statement made by the artiste herself.

“That was a statement by someone else wanting to involve me. I have checked, the artiste never made any such statements.”

“I lodged reports on slander and lies on social media which are not true and is getting more ridiculous by the day.

“I also deny my involvement in things being alleged on social media about Eina, about me wanting to spit at Tun Mahathir, about me receiving RM3 million to organise the rally and many others.”

sumber: The Rakyat Post
Tuesday, September 22, 2015

Gambar Kemalangan Pelakon Eira Syazira Dan Azad Jasmin


Gambar Kemalangan Pelakon Eira Syazira Dan Azad Jasmin


Pelakon Eira Syazira dan suaminya Azad Jasmin telah terlibat dalam satu kemalangan Ahad yang lalu.

Pelakon ini melahirkan rasa syukur apabila dia sekeluarga tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun dilihat kereta dalam keadaan yang teruk.

Kemalangan berlaku di lebuh raya PLUS berhampiran Terowong Menora dekat Ipoh, Perak.

Kereta yang dinaiki oleh Eira, suami dan anak serta adik iparnya terbabas dan merempuh penghadang jalan.

Eira berkata, kejadian itu berlaku apabila kereta dipandu adik iparnya itu tiba-tiba hilang kawalan selepas mahu mengelak sebuah kenderaan lain.

Ini komennya:

"Saya bersyukur sangat Allah selamatkan kami anak beranak. Macam tidak percaya pun ada juga. Semuanya berlaku dengan begitu pantas.

"Kereta memang remuk teruk di bahagian depan dan pecah cermin belakang, tapi saya dan anak yang duduk di belakang tidak cedera. Begitu juga suami dan adik ipar yang duduk di depan," 

Ketika kejadian mereka dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang.


Koleksi Gambar Che Ta Dan Zain Ke Sydney, Australia

Koleksi Gambar Che Ta Dan Zain Ke Sydney, Australia


Selepas menarik diri dari menjadi juri Akademi Fantasia, Rozita Che Wan dan suaminya telah bercuti ke Sydney Australia.

Sebenarnya percutian ini telah lama dirancang oleh Che Ta, namun oleh kerana mempunyai masa setelah menarik diri dari AF, maka Che Ta dan suami juga mengambil peluang ke Sydney.

Pasangan ini juga telah membawa puteri mereka iaitu Aaisyah Dhia Rana untuk bersama-sama bercuti dengan mereka di negara kangaroo itu.

Jom lihat beebrapa gambar percutian mereka:










Nama Anak Lisa Surihani Dan Yusry KRU

Nama Anak Lisa Surihani Dan Yusry KRU


Ramai tertunggu-tunggu nama pilihan anak Lisa Surihani dan juga suaminya Yusry KRU.

Nama yang dipilih ialah Yahaira Leanne. Memang sedap, unik dan mempunyai makna yang bagus. Selain itu jika diamati nama itu juga mewakili huruf Y dan juga L seperti Yusry dan Lisa.

Nama itu menjadi pilihan Yusry & Lisa Surihani Lisa dalam satu kiriman mesej kepada Astro AWANI berkata upacara tahneek baru sahaja selesai.

Ini komen Lisa:

"Yahaira Leanne membawa maksud wahai sebaik baik kelembutan.

"Ribuan terima kasih diucapkan kepada Ustaz Zuhairee dan Ustaz Amru bersama isteri kerana sudi menjalankan upacara ini bersama kami sekeluarga,"

Tahniah buat Yusry dan juga Lisa.
Monday, September 21, 2015

Abam Dedah Punca Disingkir Dari Super Spontan

Abam Dedah Punca Disingkir Dari Super Spontan


Abam telah disingkir dari Super Spontan Jumaat lalu. Keputusan itu membuatkan ramai tidak berpuashati dan kecewa setelah Abam disingkir (Baca Komen Orang Ramai Di Sini)

Yang terbaru Abam telah memberi beberapa kemungkinan mengapa dia disingkirkan.


Jelas Abam lagi faktor utama penyingkirannya di minggu keempat Super Spontan All Stars berpunca daripada beberapa kelemahan yang dimiliki.


Ini komen Abam:


“Mungkin ada kelemahan yang saya tonjolkan malam ini sehingga tersingkir. Ahli kumpulan Kungfu Kipidap sendiri beraksi dengan  hebat, cuma nasib tidak menyebelahi kami,” 


“Saya tidak terkejut langsung apabila nama saya diumumkan sebagai peserta yang tersingkir sebab saya dapat rasakan mungkin nama saya yang akan akan diundi keluar.

“Tiada perasaan marah aku tidak berpuas hati dengan penyingkiran saya sebab adat ada menang atau kalah. Hari ini mungkin saya kalah bukan sebab saya tidak kelakar, apa yang penting saya dah bagi yang terbaik untuk Kungfu Kipidap dan penonton,”

“Terus terang saya sangat okay dengan ahli kumpulan Kungfu Kipidap dan tiada masalah di antara kami. Mungkin bukan rezeki saya untuk terus bersaing ke minggu berikutnya. Apa pun saya tetap gembira dan seronok berpeluang untuk berada di pentas Super Spontan All Stars,” 

Itulah sedikit komen dari Abam apabila tersingkir.

'Dapat CGPA Tinggi Tidak Menjamin Anda Kerja Di Syarikat Saya'

'Dapat CGPA Tinggi Tidak Menjamin Anda Kerja Di Syarikat Saya'


Ini merupakan kisah realiti kehidupan di Malaysia dan juga di dunia. Kisah ini sedikit sebanyak dapat memberi gambaran sebenar kepada para pelajar semua.

Jm sama-sama kita baca dan renungkan:

Interview: High CGPA (Best University) vs Low CGPA (Low University)

Yesterday I've interviewed 4 candidates for two posts of Assistant Quantity Serveyor in my company. All were fresh graduates without any working experience. These were he candidates summary:
Candidate 1: Universiti Teknologi Mara (UiTM) - CGPA 2.72
Candidate 2: Universiti Malaya - CGPA 3.55
Candidate 3: Inti International University & College - CGPA 2.97
Candidate 4: Universiti Teknologi Malaysia - CGPA 3.41

Candidate 2 and Candidate 4 came from the best university (UM) and third best university (UTM) in Malaysia. Came with outstanding CGPA of 3.55 and 3.41. They brought in all the 'Sijil Dekan' and 'Sijil Kecemerlangan'.

I asked 10 questions to each candidate but they could only answer 3 out of 10 questions. They have no self confidence and the first impression was really bad. They not showing enthusiasm and interest on the job. They faild to elucidate how their skills match the job.

What surprised me, they were inattentive, looking around and fidgeting. And one of the candidate arrive LATE (overslept)!

Candidate 1 and Candidate 3 from UiTM (ranked 7 in Malaysia) and Inti International University and Colleges (not even in Top 10 in Malaysia). They obtained low CGPA of 2.72 and 2.97. No dean list, no Sijil Kecemerlangan but they managed to answer 8 out of 10 questions.

The spoken English was super duper great. They have self-confidence. They really understand about their scope of works as Quantity Surveyor. The first impression was great and presentable. And they have good leadership qualities in their CV's leading a few event during university life. And I hired Candidate 1 and Candidate 3, rejected Candidate 2 & Cancidate 4.

As employer:
I am not looking for 'scorer' with high CGPA in my company.
I don't care how many Sijil Dekan or Sijil Kecemerlangan you have got in your file.
I don't care which university you came from whether the best university in Malaysia or the worst university in Malaysia.
I am not looking for book smart but I prefer street smart that could help my company to make money.
I am looking for someone with the ability to take charge, to volunteer for the tasks and to accepet accountability for achieving the required results of those task given.
I am looking for someone who can work in a team not just sitting in front you a table and do your own work.
I am looking for someone with the ability to set priorities, to seperate the relevant from the irrelevant tasks and then to concentrate single-mindedly until the job is complete.
If I can have candidate with good CGPA, good attitude, presentable and got all the x-factor, then it is a bonus for my company to have them in.

Regards,

Sir Dr Md Azree

Punca Sebenar Kematian Pelajar UiTM


Punca Sebenar Kematian Pelajar UiTM


Pelajar perempuan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perlis,  Syarafina Mansor ditemui meninggal dunia dalam bilik air di sebuah kolej kediaman universiti itu, semalam.

Puncanya dikatakan akibat dari pendarahan dalam kepala. Menrutu rakan pelajar itu, Syarafina sering mengadu mengalami sakit di kepala sehingga kadangkala tidak dapat pergi ke kelas.

Syarafina Mansor merupakan penuntut Diploma Sains Dari Fakulti Sains Gunaan ditemui terbaring dalam bilik air oleh rakan sebiliknya, pada kira-kira 2 petang.

Rakannya itu dikatakan keluar mencari Syarafina apabila curiga mangsa tidak pulang semula ke biliknya selepas keluar untuk pergi mandi.

Rektor UiTM Perlis, Prof Datuk Ahmad Redzuan Abd Rahman, berkata mangsa sebelum itu pergi ke tandas di kolej kediaman itu untuk mandi pada 12 tengah hari.

“Namun, apabila mangsa tidak pulang selepas dua jam berikutnya, rakan sebiliknya bertindak memeriksa tandas itu dan menemui Syarafina sudah terbaring,”


“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh doktor di hospital pada 3.20 petang semalam. Proses bedah siasat yang dilakukan mendapati tiada sebarang kecederan pada badan mangsa sebaliknya mangsa meninggal dunia akibat dari pendarahan dalam kepala,” 

“Jenazah mangsa yang juga anak yatim piatu dibawa ke Bukit Jenun, Pendang di Kedah untuk dikebumikan hari ini,” 


Beliau berkata, rakannya kemudian memanggil kakitangan pengurusan kolej kediaman itu sebelum membawa mangsa dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, menggunakan ambulans milik Pusat Kesihatan UiTM Perlis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ku Yaakob Ku Hamad, mengesahkan kejadian dan mengklasifikasikan kes sebagai kematian yang tiada unsur jenayah.
Sunday, September 20, 2015

Ramai Berang Abam Terkeluar Dari Super Spontan

Ramai Berang Abam Terkeluar Dari Super Spontan


Super Spontan Jumaat lalu menyaksikan satu kejutan besar apabila Abam tersingkir dari pentas Super Spontan.

Rata-rata peminat terkejut dengan penyingkiran Abam yang dikatakan lebih baik dari beberapa peserta yang lain.

Abam tersingkir setelah kumpulannya iaitu Kungfu Kipidab yang diketuai kapten, Johan tewas buat kali kedua berturut-turut.

Minggu lepas Nana Mahazan tersingkir dan kini Abam pula menjadi mangsa kedua disingkirkan.

Jom lihat komen dari orang ramai yang tak berpuashati:



Gambar Keempat-Empat Adik Beradik Nora Danish

Gambar Keempat-Empat Adik Beradik Nora Danish



Artis paling popular di Malaysia ialah Nora Danish, semua orang kenal dari kanak-kanak sampailah warga emas. Sehingga pekerja asing yang bekerja di Malaysia pun kenal Nora Danish.

Untuk pengetahuan Nora Danish mempunyai 4 orang adik-beradik dan Nora Danish adalah paling bongsu antara mereka.

Kesemua adik-beradik Nora Danish adalah perempuan. Wajah mereka pun lebih kurang sama sahaja. Selain Nora, seorang lagi kakak Nora Danish iaitu Nadya Danish juga boleh dikatakan popular juga.

Jom lihat wajah mereka berempat: