Wednesday, September 2, 2015

Abaikan Isteri, Punca Punca Penyanyi Ditumbuk Adik Ipar


Abaikan Isteri, Punca Punca Penyanyi Ditumbuk Adik Ipar


Baru-baru ini penyanyi Asfan dikatakan ditumbuk oleh adik iparnya ketika berada di KLIA (baca sini).

Ramai tertanya-tanya apa yang berlaku sampai penyanyi ini ditumbuk dan bergaduh di khalayak ramai.

Asfan ditumbuk oleh adik iparnya yang juga merupakan seorang pelakon baru Bil Azali. Bil Azali kini tampil menceritakan kisah sebenar mengapa dia menumbuk Asfan.

Ini komen dari adik iparnya itu:

"Memang betul, saya tidak patut campur tangan dalam urusan rumah tangga mereka, tetapi apabila ada satu kes yang timbul dan tidak diberi penjelasan yang betul kepada keluarga saya, maka saya sebagai seorang adik perlu masuk campur hal mereka.

"Pada mulanya, saya tidak percaya dengan kata-kata orang. Tetapi apabila ada saksi dan bukti yang sahih, saya rasa dia (Asfan) perlu bertanggungjawab. Ini soal hormat, adab, tanggungjawab dan janji  yang telah dia langgar. Itu yang buatkan saya geram," 

"Apabila sudah bergelar suami, buat cara seperti seorang suami. Bukan berangan macam orang bujang. Nak buat perangai jangan sampai kantoi dan apabila saya dapat tahu, faham-fahamlah.

"Nak ada orang ketiga, jangan sampai abaikan isteri dan anak-anak. Sila hormat orang yang telah merestui dia berkahwin dengan kakak saya. Jelaskan perkara yang ditimbulkan. Jangan lari," 

Sumber: mStar

0 comments:

Post a Comment