Tuesday, September 22, 2015

Gambar Kemalangan Pelakon Eira Syazira Dan Azad Jasmin


Gambar Kemalangan Pelakon Eira Syazira Dan Azad Jasmin


Pelakon Eira Syazira dan suaminya Azad Jasmin telah terlibat dalam satu kemalangan Ahad yang lalu.

Pelakon ini melahirkan rasa syukur apabila dia sekeluarga tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun dilihat kereta dalam keadaan yang teruk.

Kemalangan berlaku di lebuh raya PLUS berhampiran Terowong Menora dekat Ipoh, Perak.

Kereta yang dinaiki oleh Eira, suami dan anak serta adik iparnya terbabas dan merempuh penghadang jalan.

Eira berkata, kejadian itu berlaku apabila kereta dipandu adik iparnya itu tiba-tiba hilang kawalan selepas mahu mengelak sebuah kenderaan lain.

Ini komennya:

"Saya bersyukur sangat Allah selamatkan kami anak beranak. Macam tidak percaya pun ada juga. Semuanya berlaku dengan begitu pantas.

"Kereta memang remuk teruk di bahagian depan dan pecah cermin belakang, tapi saya dan anak yang duduk di belakang tidak cedera. Begitu juga suami dan adik ipar yang duduk di depan," 

Ketika kejadian mereka dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang.


0 comments:

Post a Comment