Saturday, September 5, 2015

Jihan Muse Berang Amir Tanya Soalan Kontroversi Di Super Spontan


Jihan Muse Berang Amir Tanya Soalan Kontroversi Di Super Spontan


Semalam telah berlangsung minggu kedua Super Spontan All Star menampilkan pertandingan antara 2 kumpulan Silat Dongibab dan Kungfu Kipidap.

Kumpulan Silat Dingibab diterajui oleh Zizan Rzak manakala Kungfu Kipidab diterajui oleh Johan Raja Lawak.

Pengulas iringan Super Spontan All Stars, Amir Rajak Lawak atau nama gelarannya di Super Spontan iaitu Amirreka menghangatkan suasana program permainan secara improvisasi ini apabila bertikam lidah dengan seorang ahli kumpulan #SilatDongibab, Jihan Muse.

Ini berlaku bila Amirreka tampil dengan soalan kontroversi yang mempertikaikan persembahan Jihan Muse yang dilihat terlalu hambar dan tidak menyumbang kepada Silat Dongibab.

Ini juga sehingga mengakibatkan kumpulan Silat Dongibab tewas dalam beberapa permainan spontan.

Akibat tidak berpuas hati dengan soalan tersebut, Jihan Muse bertindak merampas mikrofon milik Amirreka dan memberi jawapan sinis sehingga mendapat tepukan gemuruh oleh para penonton.

"At least aku cuba, amir mencuba pun tidak" kata Jihan Muse yang kemudiannya berebut-rebut mikrofon dengan Amir.

Malam semalam tiada penyingkiran dan jangan lupa saksikan Super Spontan setiap haru jumaat jam 10 malam di astro warna.


0 comments:

Post a Comment