Wednesday, September 9, 2015

Komen Pedas Ong Kim Swee Dan Para Pemain Malaysia


Komen Pedas Ong Kim Swee


Ketua jurulatih Malaysia, Datuk Ong Kim Swee ternyata kecewa dengan tindakan penyokong bola sepak Harimau Malaya dan menyerahkan nasib pasukan negara kepada FIFA kerana insiden suar.

Perlawanan antara Malaysia dan Arab Saudi untuk Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 itu terpaksa dihentikan pengadil pada minit ke-88, berikutan  tindakan penyokong yang bertindak membaling suar dan mercun roket ke kawasan padang.

Ong Kim Swee

"Terpulang kepada FIFA untuk membuat keputusan kemudian. Segala keputusan kita akan terima, dan kita terpaksa menerima padahnya,"

"Saya rasa tidak perlu saya bercakap tentang perkara itu (kekecohan)...ia memalukan tetapi pemain menunjukkan satu permainan yang cukup baik. Mereka mengikut arahan dan bekerjasama antara satu sama lain, dan kita hampir melakukan kejutan,"

"Saya tahu mereka tidak berpuas hati dengan pihak tertentu, tetapi bola sepak harus diteruskan. Demi bola sepak kita perlu memikirkan apa akibatnya jika berlaku perkara ini lagi,"

Razman Roslan

"Saya kecewa dengan sikap segelintir penyokong dan berharap insiden ini tidak berulang," kata ketua pasukan Pahang itu.

Baddrol Bakhtiar

"Mereka (penyokong) perlu bersikap positif dan terus beri sokongan. Bagi saya ia satu tindakan yang tidak sepatutnya berlaku," kata pemain tengah Kedah.

Khairul Fahmi Che Mat

"Saya berasa malu dengan tindakan liar segelintir penyokong dan ia memberi kesan negatif kepada pasukan kita selaku tuan rumah.


0 comments:

Post a Comment