Saturday, September 5, 2015

Pelakon Raja Farah Selamat Bernikah


Pelakon Raja Farah Selamat Bernikah 


Tahniah diucapkan kepada pelakon, Raja Farah kerana selamat bernikah dengan suaminya, Iskandar Ismail.

Majlis pernikahan berlangsung di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor hari ini.

Perkahwinan Raja Farah bersama Iskandar sememangnya mengejutkan banyak pihak. Selain itu, sebelum ini, Raja Farah sempat berkongsi cerita mengenai bagaimana pertemuannya dengan suaminya itu yang juga merupakan seorang ahli perniagaan.

Ini komennya:

“Dua hari sebelum Ramadan lepas, saya ada berkunjung ke sebuah restoran. Saya makan bersama kawan-kawan. Rupa-rupanya, di situlah dia nampak saya. Ketika itu, dia beritahu bahawa saya yang senyum kepada dia”

“Mungkin dia ingat saya senyum kepadanya, walaupun mungkin senyuman itu saya lemparkan secara rawak. Dia kemudian mahu terus bertanyakan nombor telefon kepada saya, tetapi dihalang oleh kawannya”

“Dia cerita kepada saya, pada waktu itu, dia tidak tahu pun saya ini pelakon sehinggalah kawannya yang beritahu bahawa orang yang dia rasa senyum kepada dia itu merupakan Raja Farah,”

Semoga perkahwinan Raja Farah kali ini akan membawa bahagia yang berkekalan. InsyaAllah.

Jom layan gambar:








0 comments:

Post a Comment