Wednesday, September 30, 2015

Penipu Besar: Peniaga Scam Jual Nama Rozita Che Wan, Raih RM 700,000


Peniaga Scam Jual Nama Rozita Che Wan, Raih RM 700,000


Satu kes penipuan online yang membabitkan nama Rozita Che Wan ini nampaknya semakin menjadi-jadi dan dikatakan berjaya mengaut hasil haram RM700,000.

Harian Metro pada hari ini mendedahkan seorang lelaki di sebalik akaun Instagram Paris Shopping Heaven telah menipu orang ramai dengan menjual beg berjenama mewah pada harga rendah namun semuanya hanya penipuan semata-mata.

Rozita Che Wan beberapa bulan lalu pun ada memuat naik status di Instagram memberi amaran kepada pengguna supaya tidak tertipu dengan akaun tersebut yang pernah menggunakan namanya.

Kononnya akaun instagram itu seoalah olah peniaga itu pernah berurusan menjual beli beg tangan mewah dengan Rozita Che Wan.

Ini komen Che Ta:

“Saya dimaklumkan peminat apabila lelaki itu mengunakan gambar saya kononnya pernah berurusan membeli beg berjenama daripadanya. Kalau baca komen memang ramai yang mengadu mereka ditipu pemilik akaun terbabit. Saya tak pernah kena lagi, tetapi nyaris ditipu,” 

Dikatakan lebih 30 orang mangsa telah tertipu dan mereka tampil membuat laporan polis dan mendedahkan taktik lelaki itu menipu mereka.

Sumber: metro

0 comments:

Post a Comment