Monday, September 28, 2015

Perbuatan Anak Derhaka Yang Melampau

Perbuatan Anak Derhaka Yang Melampau


Seorang lelaki bernama Liu di China tergamak melayan buruk ibunya sendiri. lelaki itu meminta emaknya duduk di bahagian bonet belakang kereta.

Ini bagi membolehkan anaknya boleh berbaring di tempat duduk belakang dengan selesa.

Apa yang lebih mengejutkan, kereta yang dipandu lelaki itu sebenarnya dibeli oleh ibunya yang kini berusia 60 tahun.

Kisahnya tersbongkar apabila kereta dipandu Liu pada mulanya ditahan polis dalam sekatan jalan raya di bandar ini baru-baru ini.

Ketika pemeriksaan, anggota polis melihat isteri Liu duduk di bahagian penumpang hadapan dan anaknya berbaring di tempat duduk belakang.

Anggota polis itu kemudian terkejut apabila mendapati seorang wanita tua duduk di bahagian bonet belakang.

Memang kurang ajar.

0 comments:

Post a Comment