Wednesday, September 30, 2015

Punca Sebenar Tunku Aminah Tutup Akaun Instagram


Punca Sebenar Tunku Aminah Tutup Akaun Instagram


Puteri Johor, Tunku Aminah Maimunah Iskandariah bertindak menutup akaun Instagram miliknya baru-baru ini dan mencetuskan tanda tanya kepada followernya.

Tunku Aminah kini tampil menjelaskan beliau bertindak demikian selepas menerima komen negatif kerana tidak memakai tudung.

Tunku Aminah, puteri tunggal kepada Sultan Ibrahim dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah berkata beliau tidak mahu individu yang tidak mengenalinya cepat membuat penilaian mengenai cara beliau berpakaian.

Katanya, semua tindakannya adalah antara beliau dan Allah.

Ini kenyataan dari Tunku Aminah:

"Saya percaya ini adalah keputusan terbaik yang pernah saya buat," 

"Saya sedar bahawa menjadi perhatian ramai bukan cara saya dan saya benar-benar gembira selepas menutup akaun Instagram awal bulan ini," 

"Mula-mula saya memuatnaik gambar kucing, tetapi orang mula memberikan komen buruk yang menyakitkan hati tentang saya kerana tidak memakai tudung.

"Perkara itu mula berterusan hingga saya merasakan mereka menceroboh ruang peribadi saya.

"Namun selepas menerima nasihat yang baik daripada ibu bapa yang risau tentang keselamatan dan kesejahteraan saya, keputusan diambil untuk menutup semua media sosial," 


Selain itu, Tunku Aminah berkata, beliau berterima kasih kepada abangnya terutama Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris kerana mempertahankannya daripada kritikan negatif itu.

"Saya mendapat tahu tentang apa yang beliau lakukan selepas membacanya dalam akhbar The Star beberapa hari lalu dan semua saudara-saudara saya memberikan sokongan, saya benar-benar gembira,".



0 comments:

Post a Comment