Sunday, September 27, 2015

Putera Johor, Tunku Idris Pertahan Adiknya Tunku Aminah Tidak Bertudung

Putera Johor, Tunku Idris Pertahan Adiknya Tunku Aminah Tidak Bertudung



Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris yang juga adik kepada TMJ telah mempertahankan pakaian adik perempuannya yang tidak mengenakan tudung.

Menerusi akaun Instagram miliknya, putera Johor itu memuat naik gambar adiknya, Tunku Aminah Maimunah Iskandariah berpakaian baju kurung biru cair dengan rambutnya diikat.

Tunku Idris ternyata kecewa dengan komen orang ramai tentang adiknya itu. Beliau juga menyatakan bahawa adiknya itu menunaikan solat lebih banyak berbanding mereka yang mengenakan tudung.

Tunku Idris juga memberitahu bahawa Tunku Aminah juga berpakaian sopan dan memakai selendang ketika menghadiri semua acara keagamaan.

Ini komen Tunku Idris:

"Apabila saya melihat komen mengenai adik saya yang tidak memakai tudung, ia sangat mengecewakan," 

"Adakah itu tidak cukup baik? Bukankah ia antara dia dan Allah?" 

Tegas Tunku Idris lagi, masyarakat hari ini lupa bahawa orang Melayu bukannya bangsa Arab dan berpakaian seperti kaum itu tidak menjadikan seseorang itu lebih kuat pegangan agamanya.

Katanya selain menjadi pakaian agama, hijab adalah pakaian budaya bagi orang-orang Arab kerana ia melindungi pemakainya daripada panas atau ribut pasir.

"Ada orang alim pernah memberitahu saya, anda memakai tudung apabila anda benar-benar cantik atau benar-benar hodoh hingga boleh menyebabkan gangguan kepada orang lain. Jadi ia membuatkan saya tertanya-tanya - siapalah kita untuk menghakimi,"

1 comments: