Saturday, September 19, 2015

Puteri Sarah Tampil Beri Komen Rumah Tangga Dengan Syamsul Yusof Bermasalah


Puteri Sarah Tampil Beri Komen Rumah Tangga Dengan Syamsul Yusof Bermasalah


Puteri Sarah Liyana tampil memberi komen dan menepis dakwaan rumah tangga yang dibina bersama Syamsul Yusof mempunyai masalah.

Dakwaan ini muncul setelah dia sudah lama tidak dilihat bersama suaminya itu.

Sambil mengakui terkejut dengan berita itu, Puteri Sarah menegaskan dia dan Syamsul sangat bahagia menikmati alam rumah tangga yang dibina lebih setahun lalu.


Sarah juga memberitahu, walaupun sibuk dengan kerjaya masing-masing, mereka masih punya masa untuk bersama. 

Ini komen penuh Puteri Sarah:


"Mana dengar cerita ini. Rumah tangga kami bahagia saja, ..kami sangat mencintai antara satu sama lain. 

"Mungkin disebabkan kami jarang menghadiri mana-mana majlis berdua menyebabkan ramai yang menyangka rumah tangga kami bergolak," 

"Butik ini adalah lambang kebahagiaan kami kerana kami menguruskannya bersama. Jika sebelum ini suami banyak menghabiskan masa di studio, kini dia sentiasa di depan mata kerana Syamsul membuat proses suntingan filem terbaharunya di rumah,"

Dengan penjelasan itu, Sarah berharap tiada lagi cerita mengarut mengenai rumah tangganya disensasikan. Pasangan itu berkahwin pada Mac tahun lalu dan belum dikurniakan cahaya mata.


0 comments:

Post a Comment