Saturday, September 5, 2015

Senarai Penuh Pemenang Festival Filem Malaysia ke 27 (FFM 27)


Senarai Penuh Pemenang Festival Filem Malaysia ke 27 (FFM 27) 


Festival Filem Malaysia ke 27 (FFM 27) telah berlangsung semalam di Planery Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Filem berjudul  Lelaki Harapan Dunia memenangi filem terbaik pada malam itu sekali gus menewaskan saingan terdekatnya iaitu filem Terbaik Dari Langit.

Sebanyak 20 anugerah disampaikan pada malam kemuncak FFM 27 ini. Pada edisi kali ini, pemenang menerima trofi bersalut emas sumbangan Finas yang menggantikan hadiah wang tunai sepeti kebiasaan sebelum ini.

Fazura dilihat menangis setelah memenangi Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Manisnya Cinta Di Cappadocia.

FFM 27 kali ini dihoskan oleh pelawak Nabil Ahmad dan juga Sherry Alhadad yang disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria.

Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian oleh Indah Ruhaila, Hazama, Najwa Mahiaddin, Amir Jahari, Joe Flizzow & Sonaone dan Amy (Search).

Berikut ini senarai 20 pemenang utama  malam kemuncak FFM 27:

1. Filem Terbaik : Lelaki Harapan Dunia

2. Pengarah Terbaik : Siew Seng Tat -Lelaki Harapan Dunia

3. Filem Bukan Di Dalam Bahasa Melayu : The Journey

4. Pelakon Lelaki Terbaik : Lee Sai Peng - The Journey

5. Pelakon Wanita Terbaik : Nur Fazura - Manisnya Cinta Di Cappadocia

6. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik : Amirul Affendi -Terbaik Dari Langit

7. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik : Nadiya Nisaa - Terbaik Dari Langit

8.  Pelakon Harapan Lelaki : Kodi Rasheed - Ophilia

9. Pelakon Harapan Wanita : Dawn Cheong - Cuak

10. Pengarah Harapan : Raja Mukhriz - Ophilia

11. Lakon Layar Terbaik : Mamat Khalid - Amir & Loqman Pergi Ke Laut

12. Cerita Asal Terbaik :  Siew Seng Tat -Lelaki Harapan Dunia

13. Pelakon Kanak Kanak Terbaik :  Rayqal Iskandar - Lelaki Harapan Dunia

14. Sinemortografi Terbaik : Eric Yeong - The Journey

15. Penyunting Terbaik : Adilan Azemi - Dollah Superstar

16. Filem Box Office : The Journey

17. Karyawan Sepanjang Zaman : Othman Hafsham

18. Anugerah Khas Juri 1 : The Great Lion

19. Anugerah Khas Juri 2 : Amir & Loqman Pergi Ke Laut

20. Anugerah Khas Juri 3 : Terbaik Dari Langit

0 comments:

Post a Comment