Tuesday, September 8, 2015

"Suami Dah Lafazkan Cerai" - Linda Rafar


"Suami Dah Lafazkan Cerai" - Linda Rafar


Bekas penyanyi dari kumpulan Elite, Linda Rafar mendakwa suaminya pelakon Syed Aiman telah melafazkan cerai terhadapnya pagi tadi.

Kata Linda Rafar lagi, Syed Aiman melafazkan cerai itu di kediaman mereka di Shah Alam kira-kira 7 pagi tadi dan ia turut disaksikan ibu dan anaknya.

Ini komen Linda Rafar:

“Dia (Syed) lafazkan cerai disaksikan ibu dan anak saya. Bagaimanapun, selepas itu dia menyesal tetapi pada saya sudah terlambat. Hati saya hancur dan saya kini trauma,”

Lebih menyedihkan Linda Rafar kini hamil 3 bulan. Linda Rafar dikhabarkan akan ke Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam esok bagi mengesahkan lafaz cerai itu.

Sementara itu, Syed Aiman pula ketika dihubungi menafikan rumah tangganya bermasalah dan dia tidak tahu apa yang dimuatnaik Linda di Instagram.

“Saya kini berada di rumah, tak ada apa-apa pun berlaku dan semuanya ok saja. Saya tak tahu apa yang dia (Linda) muat naik di Instagram. Kalau tak diberitahu, saya memang tak tahu apa-apa,”

sumber: Harian Metro / Rotikaya


0 comments:

Post a Comment