Thursday, September 10, 2015

Teguran Seorang Ustaz Terhadap Fesyen Seksa Tasha Shilla


Teguran Seorang Ustaz Terhadap Fesyen Seksa Tasha Shilla


Seorang ustaz telah menegur pakaian melampau yang dipakai oleh pelakon Tasha Shila. Ustaz Tuan Asmawi Tuan Umar merupakan Penasihat Media Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Ini ekoran kontroversi yang dicetuskan Tasha Shila apabila hadir dengan pakai terdedah yang melampau dan mencolok mata. (LIHAT SINI)

Ustaz Asmawi berkata public figure harus menjaga drees code kerana imej selebriti selalu ditiru.

Ini komen Ustaz: (MyNewsHub)

Dalam etika berpakaian dengan sepupu sepapat pun kita ada dress code yang perlu dipatuhi (dalam Islam), apatah lagi dia merupakan seorang public figure yang orang ramai boleh melihat imejnya.

Kalau dia berpakaian sedemikian, dia saling berkongsi dosa, orang yang lihat dia pun jadi berdosa melihatnya. Jangan cari populariti yang jatuhkan imej dan maruah diri. Kemuliaan sesuatu jiwa itu bergantung kepada macam mana kita membawa diri.

Cadangan saya, pihak jabatan agama buat kerjasama dengan persatuan-persatuan yang memayungi anak-anak seni ini seperti FDAM dan Seniman, beri peringatan kepada selebriti supaya menjaga imej dan totally menolak artis yang macam itu (imej terlampau terdedah). Ini kerana masyarakat kita gemar meniru, jadikan artis sebagai role model mereka.

Kita jangan ikut Jennifer Lopez ke apa, tu memang dah budaya dia. Seharusnya kita harus lebih mengangkat budaya dan adat orang Timur, lebih-lebih lagi buat selebriti kerana mereka merupakan public figure.

Diharap Tasha Shila sedar perbuatannya itu amat melampau dan dapat muhasabah diri. Kalau tak nak dengar nasihat peminat sila lah dengar nasihat seorang ustaz.

0 comments:

Post a Comment