Sunday, September 6, 2015

"Tiada, Hanya Afdlin Shauki Sahaja" - Isteri Harun Salim Bachik

"Tiada, Hanya Afdlin Shauki Sahaja" - Isteri Harun Salim Bachik 



Isteri allahyarham Harun Salim Bachik iaitu Suriati Mohd Noor mendedahkan menjalani kehidupan yang amat sempit dan menyedihkan selepas pemergian suaminya.

Suriati juga mendedahkan sikap rakan baik Harun iaitu Afdlin Shauki setelah ketiadaan Harun Salim Bachik yang meninggal baru-baru ini.

Apabila ditanya jikalau ada yang membantu, Suriati menjawab: "Tiada, Hanya Afdlin Shauki Sahaja". Afdlin banyak membantu termasuk menanggung anak Harun Salim Bachik ke sekolah.

Ini komennya Suriati:

"Kak Su nak ucap terima kasih kepada Afdlin Shauki, kalau tak kami tak raya hari tu (menahan sebak). Melodi juga. Sekarang Afdlin tanggung anak-anak sekolah. Terima kasih banyak-banyak, sebab tolong kami sekeluarga"

 "Walau Kak Su tak berapa rapat dengan Afdlin, tapi nak ucap terima kasih sebab tolong kami. Hanya Allah boleh balas apa yang dia tolong kami,"

Ini video nya:



Isteri arwah Harun Salim Bachik
Posted by Hotlips Corner on Sunday, September 6, 2015

Diharap selepas ini banyaklah persatuan membantu keluarga Harun Salim Bachik ini apatah lagi Harun merupakan bekas Presiden Seniman.

2 comments:

  1. Kalau macam ni rasanya boleh minta tolong kuasa netizen viralkan untuk buatkan derma sebagai membantu keluarga ni.

    ReplyDelete
  2. Subhanallah... Giliran arwah dah sampai.... Tapi bila tiba giliran kita... tidak sesaat lambat atau sesaat cepat.

    Kasih sayang seorang ayah tidak dapat diganti dengan wang ringgit. Kehangatan pelukan seorang suami yang telah pergi hanya dapat dibayangi tanpa dirasai.

    Kepada kawan2 ku... sementara sihat ini lah kita beringat kepada yang dikasihi.... sementara hidup ini lah kita merancang kelangsungan hidup insan2 yang kita kasihi.

    Kalau hari2 boleh makan sedap2, boleh tak kita simpan sedikit untuk orang yg bakal kita tinggalkan?
    Kalau tiap2 minggu kita boleh shopping, boleh tak kita tabarukkan sedikit untuk bekalan akhirat?
    Kalau tiap2 bulan kita boleh cuti2, boleh tak kita ambil masa sedikit fikir tentang hari tua bila kita terlantar di atas katil... menyusahkan atau menyenangkan?

    Susah senang bila hidup kita biar kita yang rasa, tapi bila kita dah pergi selamanya... tentunya kita mahukan yang terbaik untuk isteri kita, untuk anak2 kita, untuk mak bapak kita. Setidak-tidaknya, pampasan takaful dapat meringankan masalah yang dihadapi.

    Saya membantu selagi terdaya. PruBSN Takaful telah terbukti menjadi pilihan ramai. InsyaAllah saudara saudari... hanya yang terbaik dari saya. Nash 016-216 6867.

    ReplyDelete