Sunday, October 25, 2015

Emma Maembong Dihentam Kerana Menampar Kekasihnya, Kamal Adli


Emma Maembong Dihentam Kerana Menampar Kamal Adli


EMMA AKUI DIHENTAM

Emma Maembong dihentam dan mendapat kritikan hebat daripada peminat di laman sosial. Ini gara-gara video dia menampar kekasihnya iaitu Kamal Adli yang menjadi viral sejak minggu lalu.

Kata Emma Maembong, rata-rata peminat tidak berpuas hati dengan kejadian tersebut dan meminta pelakon berkenaan menjelaskan kedudukan sebenar.

Ini komen Emma:

"Sejak seminggu lalu memang saya menjadi sasaran peminat yang ingin mengetahui kejadian disebalik saya menampar Kamal dalam sebuah video yang tersebar.

"Tidak kurang juga yang terus menghentam saya dan pelbagai kata-kata negatif tanpa mengetahui situasi sebenar," 

PUNCA TAMPAR KAMAL

Dalam pada itu, Emma sempat menjelaskan punca dia menampar kekasihnya. Itu sebenarnya hanyalah gimik untuk memperkenalkan produk Est Cola (air minuman) kepada orang ramai.

Kata Emma, idea itu merupakan daripada pihak Est Cola sendiri dan syarikat itu mengakui pada awalnya bimbang ia akan memberi kesan negatif kepada mereka berdua.

"Jujurnya ia bukan idea kami tetapi daripada pihak produksi namun mereka meminta izin kami terlebih dahulu sebelum ia disebarkan.

"Saya dan Kamal memang risau kerana tahu akan reaksi peminat dan benar kami menerima pelbagai kritikan tetapi bersetuju kerana ia adalah sekadar gimik untuk memperkenalkan produk berkenaan selain ia hal tuntutan kerja.

"Dari sudut positifnya meskipun ia memberi kesan negatif kepada kami tetapi ia secara tidak langsung telah mempromosikan produk berkenaan dengan skala lebih besar," 

Dalam perkembangan sama, Ketua Pemasaran Jenama F&N Beverages, Jenny Wong pula berkata, pemilihan Emma dan Kamal sebagai duta kempen produk berkenaan dibuat berdasarkan keserasian dan populariti mereka ketika ini.

0 comments:

Post a Comment