Friday, October 9, 2015

Erma Fatima Dedah Punca Berbaik Semula, Tak Jadi Cerai

Erma Fatima Dedah Punca Berbaik Semula, Tak Jadi Cerai


Erma Fatima kini tak jadi bercerai dengan suaminya Bade. Sebenarnya Erma dan Bade baik baik sahaja namun ada faktor lain yang mendorong Erma menuntut cerai.

Ini komen Erma Fatima:

"Saya dan dia (Bade) tak pernah bergaduh selama ini. Apa yang berbangkit hingga nak bercerai sebelum ini tiada kaitan dengan saya dan dia. Ia membabitkan hal orang lain. Malah hingga saya nak minta cerai pun, kami tak pernah bermasalah.

"Malah saya juga nampak kesungguhan suami untuk menyelamatkan rumah tangga ini. Apa yang lebih penting sekarang ini ialah menjaga hubungan kami yang sedia terjalin. Masalah lain yang tak berkaitan dengan saya itu ditolak ketepi. Dia sendiri cakap tak perlu ada krisis antara kami kerana tak ada masalah pun.

"Kami juga memilih untuk memberi peluang kepada diri sendiri dalam memperbaiki kehidupan rumah tangga ini. Dalam hal ini saya sendiri banyak istiqamah dan bermuhasabah diri. Anak yang kami bela pun tak mahu kami berpisah. Jadi saya tak boleh pentingkan diri dalam hal ini,"

Tentang madunya bernama Aida, Erma Fatima yang dilihat pernah berbaik dengan wanita itu namun kini enggan lagi menyentuh mengenai wanita itu.

"Dulu saya baik dan terima dia. Semua itu pengajaran. Sekarang hal dia dan Bade itu bukan urusan dan masalah saya lagi. Cukuplah apa yang pernah terjadi,"

0 comments:

Post a Comment