Tuesday, October 6, 2015

Fynn Jamal Ni Menyanyi Ke Meraung? - Karl Shafek


Fynn Jamal Ni Menyanyi Ke Meraung? - Karl Shafek


Pelakon Karl Shafek telah mempersoalkan cara nyanyian Fynn Jamal menerusi lagu terbarunya iaitu "Suatu Pernah".



Tindakannya mempersoalkan bakat penyanyi Fynn Jamal adalah semata-mata di atas kapasiti dia sebagai seorang pendengar.

Karl berkata, dia tidak berniat untuk memandang rendah kebolehan Fynn Jamal sebaliknya ingin mendapatkan jawapan tentang cara penyampaian penyanyi itu.

Ini komen Karl:

"Apa yang saya tulis di laman sosial tentang Fynn Jamal adalah satu pertanyaan kerana ketika saya mendengar radio ada seorang pendengar yang memberi komen tentang cara nyanyian Fynn iaitu seperti orang meraung.

"Perkara itu menganggu fikiran saya hingga saya menulis soalan itu dilaman sosial,"


"Apa yang saya tulis itu adalah pendapat peribadi sebagai seorang pendengar sahaja, saya bukan penyanyi dan pemuzik.

"Malah saya juga kagum dengan lagu-lagu puisi yang dihasilkan, cuma cara nyanyian dia sahaja yang membuatkan saya tertanya-tanya mengapa lagu tersebut dinyanyikan sebegitu,"


Karl Shafek berharap penyanyi tersebut tidak berkecil hati dan menerima kritikan tersebut sebagai salah satu pembakar semangat untuk terus menghasilkan karya yang baik.

Dia tidak pernah menafikan bakat Fynn Jamal sebagai seorang komposer dan penulis lirik yang bagus, namun cara penyampaiannya membuatkan lagu tersebut dianggap kurang sesuai.

Dalam pada itu, Karl mengakui, tulisan tersebut menerima pelbagai kritikan daripada peminat-peminat penyanyi itu yang tidak berpuas hati dan menganggapnya tidak layak memberi pandangan.

Sebelum ini, Damian VE juga pernah mengkritik Fynn Jamal sebagai seorang yang tidak boleh menyanyi walaupun merupakan penulis lagu yang baik.


0 comments:

Post a Comment