Monday, October 19, 2015

Izreen Azminda Hentam Amar Baharin

Izreen Azminda Hentam Amar Baharin


Pelakon Izreen Azminda telah mengkritik dan menghentam lakonan kawannya Amar Baharin dalam satu teater baru-baru ini.

Izreen Azminda dilihat hadir sebagai penonton menyaksikan persembahan teater "Tenggelamnya Kapal Van Dar Wijck" lakonan Nabila Huda dan Amar Baharin.

Izreen Azminda secara terbuka mengkritik lakonan Amar yang dikatakan kurang mantap terutama dari segi penghayatan.

Namun Izreen memuji lakonan mantap Nabila Huda di dalam teater tersebut.

Ini tulisnya di instagram:


Ini komennya:

“Apa saya tulis di Instagram itu sekadar pendapat sebagai penonton yang datang menyaksikan teater berkenaan. Mana saya rasakan bagus, saya puji begitu juga sebaliknya. Bukan saya seorang berpendapat sedemikian, malah ramai lagi”

“Saya faham ramai peminat Amar kurang senang dengan status dan komen itu, tapi mereka perlu bersikap realistik. Saya percaya Amar boleh lakukan lebih baik lagi jika terus diberi peluang,”

0 comments:

Post a Comment